...

Ikhrah Online Boutique

BLOG

Latest NEWS, Products & Gossip

Cara Atasi Jeragat & Kulit Kusam Dengan Dermags Skincare

Cara Atasi Jeragat ikhrah.com 1

CARA Atasi Jeragat & Kulit Kusam Dengan Dermags Skincare

Cara Atasi Jeragat ikhrah.com 3
Cara Atasi Jeragat

Adakah anda mempunyai masalah jeragat & kulit kusam yang serius? Semakin hari semakin banyak naik bintik-bintik hitam @ coklat gelap di muka?

Ada juga jeragat yang jenis tompok dan semakin membesar terutamanya di bahagian pipi?

Sampai naik malu dan kurang keyakinan diri bila berhadapan dengan orang lain?

Letih rasa nak tempek bedak tebal-tebal nak tutup jeragat & kulit kusam?

Punca Kulit Kusam & Jeragat

Cara Atasi Jeragat ikhrah.com 2
Cara Atasi Jeragat & Kulit Kusam

Kebiasaannya, ibu-ibu yang tiba-tiba mendapat jeragat ni berpunca dari perubahan hormone di dalam badan kerana mengandung & melahirkan anak, selain dari pengambilan pil-pil perancang.

Selain itu, penggunaan kosmestik yang mempunyai bahan kimia yang tinggi dan tidak sesuai untuk kulit. Kesan penggunaan komestik biasanya nampak bukan serta merta tetapi untuk nampak dalam jangka masa yang panjang.

Selain itu, masalah kulit yang selalu terdedah dengan sinaran matahari tanpa apa-apa krim pelindungan menyebabkan kulit hilang lapisan kolagen dan kulit akan kelihatan kusam. Bila kulit lemah menyebabkan jerawat dan jeragat mudah timbul.

Bahaya Sinaran UV

Bahaya Sinar UV ikhrah.com
Cara Atasi Jeragat & Kulit Kusam

Sinar UV, selain daripada merosakkan DNA sel kulit juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan penghasilan jeragat. Sinar UV yang berterusan akan menggalakkan penghasilan lebih banyak melanin melalui proses melanogenesis.

Melanin adalah pigmen gelap yang terhasil didalam kulit oleh sel melanocytes . Kawasan yang terdedah lebih banyak kepada sinar UV akan menghasilkn lebih banyak pigmen melanin berbanding kawasan yang tidak terdedah. Jeragat akan wujud terutama nya pada kawasan yang terdedah dengan UV seperti muka & juga lengan.

Kulit kita (epidermis) ada 5 lapisan. Paling atas stratumn corneum dan paling bawah-stratumn basal. Sel-sel kulit akan perlahan-lahan berganti baru setiap 28 hari sekali dengan gerakan daripada bawah ke luar. Jika jeragat berada di dalam kulit. Ia akan perlahan-lahan bergerak keluar dan nampak semakin terang apabila berada di lapisan paling luar.

Atasi Kulit Kusam & Jeragat Melalui Pemakanan Harian & Suppliment Tambahan

Cara Atasi Jeragat ikhrah.com 5
Cara Atasi Jeragat & Kulit Kusam

Kulit yang sihat memerlukan pemakanan sihat. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap hari bagi memastikan kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar walau sedikit.

Selain itu, pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari juga penting kerana membantu melancarkan darah dan menyingkirkan toksin dari tubuh.

Atasi Kulit Kusam & Jeragat Melalui Penjagaan Kulit Wajah

Cara Atasi Jeragat ikhrah.com 4
Cara Atasi Jeragat & Kulit Kusam

Salah satu rahsia kulit yang cantik ialah dari amalan membasuh muka yang kerap, paling minimum 2 kali sehari.

Juga pastikan memakai toner dan pelembap sejurus selepas mencuci muka.

Namun perlu dipastikan pembersih wajah, toner dan pelembap yang digunakan haruslah sesuai dengan kulit.

Elakkan menggunakan produk yang boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering. Pemakaian krim pelindung kulit yang mempunyai SPF yang tinggi amatlah perlu sekiranya selalu terdedah dengan matahari.

Dermags Intensive Brightening Cleanser ikhrah.com 2
Gunakan DERMAGs Intensive Brightening Cleanser

DERMAGs Intensive Brightening Cleanser adalah pembersih wajah bertekstur ringan dan halus yang sesuai untuk semua jenis kulit.

  • Menjadikan kulit lebih sihat, segar, bersinar, dan awet muda
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Membantu menyingkirkan segala kotoran yang tersumbat dalam liang pori
  • Mengimbangi lebihan minyak yang terdapat pada kulit
Dermags Intensive Brightening Serum ikhrah.com 1
Gunakan DERMAGs Intensive Brightening Serum

DERMAGs Intensive Brightening Serum adalah serum penjagaan kulit wajah yang berupaya memberi kuasa serapan maksima 100% lebih berkesan untuk mencerah kulit wajah dan memperbaiki sel kulit.

  • Mencerahkan kulit wajah secara sekata
  • Merawat masalah kulit wajah (parut, jeragat, jerawat, kesan terbakar, dll
  • Mengecilkan liang pori
  • Mengurangkan kedutan pada kulit wajah
  • Mengimbangi lebihan minyak
  • Mengatasi kulit kering dan kusam
  • Memulihkan sel kulit yang rosak
  • Menyerlahkan keserian kulit wajah secara semulajadi

Cara penggunaan:

Picit 3-5 titis ke seluruh wajah dan leher dan ratakan secara lembut. Biarkan serapan serum pada wajah sehingga kering. Digalakkan penggunaan 2 kali sehari untuk kesan lebih efektif (pagi dan malam).

Dermags Intensive Refining Cream ikhrah.com 3
Gunakan DERMAGs Intensive Refining Cream

DERMAGs Intensive Refining Cream membantu mengembalikan keseimbangan lembapan pada kulit wajah dan menggalakkan pembaharuan sel kulit untuk menyerlahkan kulit yang cerah, halus, dan gebu.

  • Melindungi kulit wajah daripada dehidrasi, kotoran, dan pencemaran alam sekitar.
  • Melindungi kulit wajah daripada sinaran UVA/UVB yang merbahaya
  • Membantu mencegah penuaan pramatang.
  • Bertindak sebagai perlindungan untuk menutup kesan parut dan jeragat pada kulit wajah.

Cara penggunaan (siang hari):

Sapukan secara nipis dan sekatakan dengan gerakan memijat pada keseluruhan kulit wajah

Kelebihan Dermags Skincare Berbanding Produk lain

DERMAGS Dr Mariani ikhrah.com 9

Dermags Skincare mampu merawat kulit bermula daripada dalam sel lagi. Produk ini bukan bleaching seperti produk-produk lain yang kebanyakannya menanggalkan jeragat pada bahagian kulit atas sahaja. Dari itu kesan pemutihannya memang akan berlaku dengan pantas.

Dermags Skincare mampu mengurangkan penghasilan melanin dengan cara mengurangkan enzyme tyrosinase yang menjadi pemangkin kepada penghasilan melanin. Jika enzyme ini dapat dikurangkan, proses penghasilan melanin juga akan semakin berkurangan.

Walaubagaimanapun melanin di dalam kulit masih ada pada kadar yang diperlukan sebagai pelindung kepada kemusnahan sel-sel kulit akibat terdedah kepada sinar UV.

Bahan Aktif Alpha Mags

Cara Atasi Jeragat ikhrah.com 6

Alpha Mags atau nama penuhnya Alpha Mangostin ialah satu bahan yang didapati dari ekstrak kulit manggis.

Kajian Dr. Mariani Abdul Hamid dari Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Dongguk University South Korea, mendapati bahawa terdapat 11 komponen di dalam kulit manggis yang boleh digunakan dalam penghasilan bahan kosmetik.

Walaubagaimanapun, penggunaan semua bahan yang lain boleh menyebabkan kulit menjadi semakin gelap kecuali Alpha mangostin yang beliau dapati boleh bertindak sebagai ejen pencerahan kulit.

Malahan kesan pencerahannya adalah 200% lebih tinggi dari bahan pemutih sintetik Arbutin yang digunakan secara meluas di dalam produk pencerahan yang ada di pasaran ketika ini.

Selain daripada itu, Alpha Mags juga menggalakkan sel-sel fibroblast yang ada pada lapisan paling bawah kulit untuk menghasilkan lebih banyak collagen bagi membantu anti-penuaan dan dalam masa yang sama memelihara keanjalan kulit, menyihatkn kulit, di samping mengurangkan garis2 kedutan tanda penuaan.

Alpha Mags ialah bahan yang diekstrak dari kulit manggis. Ia bersifat semulajadi dan tidak toksik. Kajian ekstensif teleh dijalankan oleh Dr. Mariani dan pasukannya untuk menghasilkan produk pencerahan kulit yang 100% bebas dari bahan terlarang. Ianya selamat untuk digunakan pada jangka panjang dan menjadi rakan terbaik anda untuk menjaga kulit sehingga ke akhir hayat.

Dengan keberkesanan dan kualiti premium produk Dermags, ia di jangka akan menembusi pasaran antarabangsa menjelang awal 2018 ke Singapura, Brunei, Indonesia dan beberapa Negara Timur Tengah dan Asia Tenggara yang terpilih.

https://news.utm.my/2014/08/utm-develops-whitening-serum-from-mangosteen-skin/


DERMAGS LOGO 1
DERMAGS Skincare 1

Share To Friends & Family

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Homestay Terbaik Dengan Harga Berpatutan di Sentul KL
Perkhidmatan Wiring Rumah Untuk Sekitar KL & Selangor

Our Social Media

On Trend

Related Post

On Trend

Latest Stories

Shopping Cart
Scroll to Top
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.