Ikhrah Online Boutique

BLOG

Latest NEWS, Products & Gossip

Dermags Skin Care Keajaiban Dari Kulit Manggis

dermags skincare ikhrah.com

DERMAGS SKIN SOLUTION

DERMAGS Dr Mariani ikhrah.com 1

DERMAGS Skin Solution adalah produk Hasil kajian Dr Mariani ke atas bahan aktif yang didapati daripada ekstrak kulit manggis.

Hasil kajian yang telah dilakukan selama 3 tahun, mendapati ada 11 komponen dari kulit manggis yang boleh digunakan dalam produk kosmetik tetapi hanya 1 komponen sahaja yang boleh mencerahkan kulit sehingga 200% iaitu Alpha- Mangostin (alpha-Mags).

Kebanyakan produk yang tidak mendapat kelulusan KKM adalah produk yang menggunakan bahan kimia berbahaya untuk memberi kesan kepada kulit. Contohnya menggunakan hydroquinone atau merkuri sebagai bahan pemutih wajah.

DERMAGS Dr Mariani ikhrah.com 2

Melalui kajian yang dilakukan, Alpha-Mags mempunyai banyak kelebihan lain seperti:

  • Ejen penambahbaikan kulit
  • Mengembalikan kulit kepada keadaan optimum dan menghalang kemerosotan kulit
  • Sebagai bahan pencerahan kulit dan anti penuaan
  • Menghalang tyrosinase, iaitu ejen penghasilan melanin yang merupakan antara punca jeragat dan pigmentasi sekiranya tidak dikawal.

Alpha-Mags juga telah didaftarkan dan dipatenkan sebagai hakcipta.

Alpha-Mags yang dikembangkan dan digunakan sebagai bahan utama dalam produk DERMAGs telah mencapai banyak anugerah sebagai “A New Discovery of Cosmeceutical Ingredients: Alpha-Mags”:

  • Pingat Perak – Seoul International Invention Fair 2013
  • Pingat Emas – INATEX 2012
  • Pingat Gangsa – Bio Innovation Award 2012
DERMAGS Dr Mariani ikhrah.com 4
DERMAGS Dr Mariani ikhrah.com 3

Set produk Dermags Skincare terdiri daripada:

  • Dermags Intensive Brightening Cleanser (80ml)
  • Dermags Deep Cleansing Cream (80ml)
  • Dermags Intensive Brightening Softener (50mL)
  • Dermags Intensive Brightening Serum (30mL)
  • Dermags Hydrating Moisturizer (30g)
  • Dermags Intensive Refining Cream SPF50 PA+ (10g)
  • Dermags BB Cushion
  • Dermags Translucent Loose Powder
  • Dermags Exclusive Lipstick (6 Colors)
  • Dermags Exclusive Perfume (EDP)

MAKLUMAT FOUNDER DERMAGS

DERMAGS Dr Mariani ikhrah.com 5

Dr Mariani Abdul Hamid:

B.Eng (Hons) (Chemical), Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
M.Eng (Bioprocess), Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
PhD. (Biochemical Engineering), Dongguk University, Seoul, Korea

Chief Executive Officer at BioPro Resources Sdn Bhd Research Fellow of Cosmeceutical & Fragrance Unit Institute of Bioproduct Developement, UTM Senior Lecturer, Bioproses Engineering Department, Faculty of Chemical & Energy Engineering, UTM Managing Director, Biopro Resources Sdn Bhd (TUM Spin-Off Company)

Dr Mariani merupakan ketua penyelidik di Institut Pembanguan BioProduk UTM, dan telah memimpin satu pasukan yang terdiri dari segolongan penyelidik yang terdiri pemegang PhD dan juga Professor untuk menghasilkan produk-produk yang berkualiti tinggi.

Dalam tahun 2000, beliau berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Kimia dan diikuti dengan Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan BioProses pada tahun 2007.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke Universiti of Dongguk, Seoul Korea pada tahun 2009 dalam Kejuruteraan BioKimia dengan pengkhususan dalam pemutihan kulit, anti penuaan, penyembuhan kecederaan, pembaikan kulit, preklinik dan pengajian klinikal (majoring in skin-lightening, anti-aging, wound healing, skin
repair, preclinical & clinical study) dibawah seliaan Prof. Park Chang Cheo, Director of Korean International Cosmetic Research Institute untuk menghasilkan produk Dermags.

Profesor Park Chang Seo merupakan pakar kosmetik terulung di Korea yang terlibat secara langsung dalam mewujudkan jenama-jenama kosmetik gergasi dari Korea Selatan.

Jenama kosmetik seperti IOPE, LANEIGE, AMORE PACIFIC, HANSKIN, TONY MOLY adalah merupakan antara produk yang lahir dari tangan beliau.

Setelah berada di negara Korea selama hampir enam tahun, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah atas kajian beliau yang kini menjadi produk penjagaan
kulit jenama Dermags.

Kini beliau adalah merupakan Ketua Unit Kosmeseutikal dan Wangian di Institut Pembangunan BioProduk di Universiti Teknologi Malaysia semenjak 2012. Beliau juga adalah pengasas kepada produk kosmetik Dermags Skin Solutions.

Dengan keberkesanan dan kualiti premium produk Dermags, ia di jangka akan menembusi pasaran antarabangsa menjelang awal 2018 ke Singapura, Brunei, Indonesia dan beberapa Negara Timur Tengah dan Asia Tenggara yang terpilih.

https://news.utm.my/2014/08/utm-develops-whitening-serum-from-mangosteen-skin/


DERMAGS LOGO 1
DERMAGS Skincare 1

Share To Friends & Family

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Homestay Terbaik Dengan Harga Berpatutan di Sentul KL
Perkhidmatan Wiring Rumah Untuk Sekitar KL & Selangor

Our Social Media

On Trend

Related Post

On Trend

Latest Stories

Shopping Cart
error: Content is protected !!
Scroll to Top