Kesan – Kesan Buruk Tidur Lewat Kepada Kesihatan Badan

Kesan Buruk Tidur Lewat adalah sesuatu yang sangat serius dalam menjaga kesihatan diri.
Anda suka tidur lewat malam setiap hari? tahukah anda bahawa antara kesan buruk tidak cukup tidur boleh membawa kesan yang besar sehingga membawa maut?
Berikut adalah antara risiko masalah kesihatan yang boleh dihadapi jika tidak cukup tidur.

1. BERAT BADAN NAIK
Kurang tidur juga akan menyebabkan metabolisme melambat, kerana proses mencerna gula yang dimakan pada siang hari akan terganggu.
Kurang tidur menyebabkan meningkatnya rasa lapar pada jam-jam yang tidak teratur, kerana tubuh mulai menuntut lebih banyak makanan dari apa yang diperlukan, sehingga akan menyebabkan kenaikan berat badan.

2. GANGGUAN JANTUNG DAN STROKE
Orang yang kurang tidur memiliki 50% risiko menderita gangguan jantung. Kurang tidur boleh menurunkan metabolisme tubuh dan meningkatkan tekanan darah, akibatnya jantung akan bekerja lebih keras berisiko menyebabkan serangan jantung.
Akibat gangguan jantung itu pula boleh terjadi pada fungsi saraf otak dimana darah dan oksigen tidak mengalir dengan baik pada otak. Akibatnya banyak sel saraf otak yang mengalami mal nutrisi, tidak berfungsi bahkan saraf mati dan menimbulkan serangan stroke.
3. KULIT KUSAM
Orang yang kurang tidur cenderung menyebabkan lingkar mata menjadi hitam serta tumbuhnya jerawat. Kekurangan tidur akan menyebabkan tubuh lebih banyak melepaskan hormon kortison. Hormon ini akan memecah kolagen di kulit, yang bertanggung jawab membuat kulit halus serta bersinar

4. EMOSI TIDAK STABIL
Kurang tidur memang boleh membuatkan otak mengalami penurunan fungsi. Namun salah satu kesan yang kurang menyenangkan dari terganggunya fungsi otak adalah menjadi lebih mudah marah dan emosi yang tidak stabil.
Bahkan kondisi ini akan membuat gangguan untuk hubungan sosial terutama untuk remaja dan orang dewasa. Kerana tekanan emosi yang tidak stabil boleh membuat suasana hati menjadi tidak menyenangkan dan gelisah.
5. TEKANAN DARAH TINGGI
Jika tubuh selalu kurang tidur maka boleh menyebabkan hipertensi atau penyakit tekanan darah tinggi. Hal ini disebabkan kerana tidur dapat meneutralkan sistem pembuluh darah dan kerja jantung menjadi lebih maksimal.
Namun ketika tidur tidak cukup selama terus menerus maka tekanan darah tinggi terjadi kerana pembuluh darah tidak dapat bekerja dengan baik.
Akibatnya sangat berbahaya untuk orang yang memang sudah menderita tekanan darah tinggi.
6. INGATAN MENJADI LEMAH
Kurang tidur akan membuat anda menjadi pelupa dan ini sangat memalukan. Ketika tidur sebenarnya otak bekerja untuk mengingat, menyimpan memori dan mengolah data yang didapatkan dari saraf kecil pada saat masih sedar. Jadi ketika kurang tidur maka otak anda tidak mengumpulkan data dan menyimpan memori dengan betul.
Maka Anda menjadi pelupa dan kurang bersemangat. Rangsangan singnal pendek pada otak memiliki peranan yang penting dalam fungsi ingatan pada otak.
7. NAFSU MAKAN BERKURANGAN
Kurang tidur juga boleh menyebabkan berat badan menurun drastik dan tubuh semakin kurus. Hal ini disebabkan kerana ketika tubuh sedang tidur sebenarnya memproduksi hormon leptin yang boleh mengendalikan nafsu makan. Ketika kurang tidur maka leptin dalam tubuh tidak cukup jumlahnya.
Hormon leptin berfungsi untuk mengendalikan nafsu makan dengan memberitahukan signal secara langsung. Jadi kurang hormon leptin maka boleh menyebabkan tubuh tidak dapat mengatur nafsu makan.
8. KEMATIAN MENDADAK
Kematian sebenarnya boleh terjadi ketika tubuh sudah mengalami gangguan yang sangat kompleks. Penyakit komplikasi akibat kurang tidur seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi, dan diabetis boleh menyebabkan kematian.
Gangguan kurang tidur biasanya akan terjadi dalam waktu yang lebih lama meskipun pada tahap awal sering menyebabkan tubuh menjadi lebih lemah. Jadi lebih baik untuk cukup tidur agar tubuh dapat istirahat dengan baik.
Advertisement
Anda ada masalah susah untuk tidur? Selalu rasa lesu, kurang bertenaga & sakit – sakit sendi & lutut? Izinkan saya berkongsi produk – produk supplement herba terbaik untuk kesihatan badan


Ada kemusykilan? Ingin bertanya mengenai produk boleh tekan link whatsapp dibawah :

Ingin mengetahui pakej promosi terbaru supplement EMORRA EPISOR dan produk keluaran EMORRA yang lain? Nak terus buat pembelian? Klik Link Dibawah :


Advertisement
Sedang mencari homestay dengan harga yang berpatutan di tengah – tengah Kuala Lumpur?
Klik link dibawah untuk maklumat lanjut:
