Teknik & Tips Penjagaan Dan Kesihatan Mata Untuk Golongan Berusia

Mata adalah salah satu organ yang paling berharga dalam tubuh manusia. Ia membolehkan kita melihat dan mengalami dunia di sekeliling kita. Oleh itu, adalah penting untuk menjaga kesihatan mata kita dengan baik.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan beberapa tips penting untuk penjagaan dan kesihatan mata.
1. Rutin Pemeriksaan Mata
Satu-satunya cara untuk memastikan mata kita dalam keadaan yang baik adalah dengan menjalani pemeriksaan mata secara berkala.
Berjumpa dengan pakar mata setiap satu atau dua tahun sekali dapat membantu mengesan masalah mata awal seperti rabun jauh, rabun dekat, atau glaukoma.
Pemeriksaan mata juga penting bagi kanak-kanak untuk memastikan perkembangan mata mereka berjalan dengan baik.
2. Amalkan Diet Sihat
Menurut Dietary Guidelines for Americans yang dikeluarkan oleh U.S. Department of Health and Human Services and the Department of Agriculture, diet sihat bermaksud, mengutamakan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, susu dan produk susu tanpa lemak atau rendah lemak.
Merangkumi daging, ikan, kekacang dan telur. Rendah lemak, kolesterol, garam dan gula tambahan.
Diet yang seimbang dan berkhasiat juga penting untuk kesihatan mata yang baik. Memakan makanan yang kaya dengan nutrien seperti vitamin A, C, E, dan omega-3 dapat membantu menjaga kesihatan mata.
Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti wortel, bayam, brokoli, dan beri adalah sumber yang baik bagi nutrien ini. Juga, pastikan untuk minum air yang mencukupi untuk menjaga kelembapan mata.

3. Lindungi Mata dari Sinar Matahari
Paparan berpanjangan kepada sinar ultraviolet (UV) matahari boleh merosakkan mata kita. Oleh itu, adalah penting untuk melindungi mata dengan memakai kacamata hitam yang berkualiti ketika berada di luar pada waktu siang yang cerah.
Pastikan kacamata hitam mempunyai perlindungan UV yang memadai.
4. Jaga Kebersihan Mata
Sentiasa menjaga kebersihan mata adalah penting untuk mengelakkan jangkitan dan masalah mata yang lain. Bersentuhan dengan mata yang kotor atau memakai kanta kontak yang tidak bersih boleh menyebabkan jangkitan.
Pastikan tangan dicuci dengan bersih sebelum menyentuh mata atau memasang atau menanggalkan kanta kontak. Juga, jangan berkongsi kanta kontak dengan orang lain untuk mengelakkan penularan jangkitan.

5. Beri Rehat Mata yang Cukup
Dalam era digital ini, kita sering terdedah kepada layar komputer, telefon pintar, dan televisyen yang dapat menyebabkan keletihan mata yang dikenali sebagai keletihan mata digital.
Untuk mengurangkan keletihan mata, amalkan kaedah “20-20-20”. Setiap 20 minit, beri rehat mata selama 20 saat dengan melihat objek yang terletak 20 kaki jauhnya.
Juga, pastikan untuk tidur yang mencukupi untuk memulihkan mata dan mengurangkan keletihan.
6. Hindari Merokok
Merokok tidak hanya merosakkan kesihatan tubuh secara keseluruhan, tetapi juga merosakkan kesehatan mata.
Ia meningkatkan risiko penyakit mata seperti katarak, degenerasi makula, dan kerosakan saraf optik.
Jika anda merokok, adalah penting untuk berhenti dan memulakan langkah-langkah untuk meninggalkan tabiat merokok.

7. Elakkan Menggosok Mata
Menggosok mata secara kerap boleh menyebabkan iritasi dan masalah mata yang lain. Jika anda merasakan ketidakselesaan, gunakan air suam atau titis mata buatan untuk melegakan mata anda. Jika masalah berterusan, berjumpa dengan pakar mata untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sesuai.
Menjaga kesehatan mata adalah tanggungjawab kita. Dengan mengamalkan tips-tips di atas, kita dapat menjaga kesihatan mata kita dan mencegah masalah mata yang serius. Jangan ambil ringan kesihatan mata anda. Jagalah dan hargailah kemampuan kita untuk melihat dunia di sekeliling kita.
PENYAKIT KATARAK

Katarak ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Katarak terjadi akibat daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu atau pengambilan sesetengah jenis ubat. Katarak adalah punca utama kebutaan yang boleh dipulihkan.
Katarak perlu dibuang sekiranya kekurangan penglihatan menjejaskan aktiviti harian pesakit seperti memandu, membaca atau menonton TV. Di peringkat awal katarak, penangguhan pembedahan tidak akan menyebabkan kerosakan jangka panjang pada mata atau membuatkan pembedahan menjadi sukar.
PENYEBAB MATA KATARAK

– Memiliki sejarah kecederaan pada mata.
– Memiliki sejarah peradangan pada mata misalnya penyakit glaukoma.
– Penyakit diabetes, jadi seseorang yang mengalami penyakit dibaetes maka akan tinggi berisiko mengalami mata katarak.
– Radiasi dari sinar UV, studi menunjukan peningkatan kemungkinan pepmbentukan katarak dari paparan sinar matahari yang terlalu lama.
– Kurangnya gizi. Meski hasilnya tidak bisa ditentukan. Studi menunjukkan adanya hubungan antara risiko memiliki mata katarak dengan tingkat antioksidan rendah dalam tubuh (misalnya vitamin C dan E dan karotenoid).
TANDA KATARAK
– Mudah mengalami silau, akan sangat sensitif terhadap cahaya luar.
– Melihat objek menjadi dua, objek yang terlihat akan menjadi dua atau ganda.
– Boleh melihat secara normal pada cukup cahaya, Anda yang memiliki penyakit katarak, sangat memerlukan pencahayaan yang cukup untuk melihat. Dalam keadaan gelap, mata tidak boleh bekerja dengan baik.
– Penglihatan mulai menjadi samar katarak membuat lensa mata lebih suram.
– Mengalami penglihatan objek warna menjadi pudar, katarak juga memudar warna benda. Kerana lensa, yang berkilau dengan warna aslinya, terlihat lebih muda. Biasanya jika pesakit terlalu fokus pada warna objek, yang terlihat persis kuning. Kerana pembuluh darah retina sudah menguning.
– Penglihatan menjadi kabur ketika malam hari.
LANGKAH HINDAR KATARAK
– Pemakanan yang seimbang
– Senaman yang berkala (boleh menurunkan tahap gula dalam darah)
– Diabetes yang terkawal
– BERHATI-HATI dan amati isikandungan, jika menggunakan ubatan tradisiona yang mungkin mengandungi STEROID.
– Lindungi mata anda dengan penggunaan kacamata hitam yang mempunyai perlindung UV.
– Lindungi mata anda dengan alat pelindung mata bila melakukan aktiviti bahaya (memaku, membawa bahan kimia dan lain-lain)
DIET SIHAT UNTUK PENGLIHATAN TERBAIK – MEMULIHKAN DAN MENJAGA KESIHATAN MATA

APA ITU LUTEIN DAN ZEAXANTHIN?
Kerapkali dikatakan lobak merah, sayuran dan buah-buahan bewarna oren-kuning sangat baik untuk kesihatan mata. Kenapa? Ini kerana Lutein dan Zeaxanthin merupakan pigmen semulajadi yang terdapat dalam sayur-sayuran hijau, buah-buahan, jagung dan kuning telur di mana ia memberi warna kepada bahan-bahan tersebut.
Ia membekalkan nutrisi pada mata dengan bertindak sebagai antioksida yang menghalang daripada radikal bebas yang berbahaya.
Antara makanan harian yang boleh kita amalkan setiap hari untuk mata yang sihat:
SAWI – Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.
LOBAK MERAH – Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.
TEH – Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.
BAWANG PUTIH & BAWANG MERAH – Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata
KACANG WALNUT – Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.
TOMATO – Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.
KACANG SOYA – Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.
TELUR – Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.
BROKOLI – Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.
LIMA KUMPULAN MAKANAN HARIAN
Sayuran hijau berdaun: Sumber makanan semulajadi terbaik untuk lutein dan zexanthin yang turut mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan beta-karotin yang tinggi, mineral dan serat
Telur: Kuning telur adalah sumber utama Lutein dan zeaxanthin dan menjadi alternatif bagi yang kurang menggemari sayuran hijau
Buah-buahan sitrus dan berry: Buah-buahan ini kaya dengan Vitamin C
Badam: Ia kaya dengan vitamin E dan mampu melambatkan degenerasi makula. Satu auns (oz) badam menyediakan kira-kira separuh daripada dos harian yang disarankan.
Ikan berlemak: Tuna, salmon, ikan kembung, ikan bilis dan trout sangat kaya dengan DHA iaitu asid lemak yang ditemui dalam retina. Kekurangannya dikaitkan dengan sindrom mata kering
VITAMIN YANG DIPERLUKAN OLEH MATA

Protein – Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisme serta pemprosesan bahan kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.
Kalsium – Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan mata. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium.
Vitamin A – Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah minyak ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayur-sayuran hijau dan oren.
Vitamin B – Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis
Vitamin C – Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang.
Vitamin E – Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. Ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin, dan sayur-sayuran hijau.
Zink – Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan.
SENAMAN MATA
Pertama, gosok kedua tapak tangan kita sehingga rasa panas, lepas tu, letak kedua-dua tangan di atas mata kita masing-masing. Ulang sebanyak 3- 5 kali. Senang bukan ? Kalau boleh ulang lah setiap hari. Paling kurang pun kita buat setiap kali mata kita rasa ‘letih’ atau sakit.
Yang kedua, mulakan dengan mata melihat ke atas. Kemudian, pusing mata kita arah jam 10 kali dan arah lawan jam 10 kali.
Ketiga, ambilkan pen, atau pembaris, atau yang berkaitan. Pegang dan letak di jarak antara mata hingga lengan kita. Fokuskan mata pada pen/objek pilihan. Kemudian, dengan perlahan, gerakkan pen/objek pilihan dekat ke mata, dan perlahan, gerakkan pen itu ke belakang semula. Ulang sebanyak 10 kali.
Akhir sekali, urut perlahan-lahan di dahi kita hingga ruang antara kening kita. Dan rehatkan mata selama 3-5 minit.
REHATKAN MATA
1) Tidur secukupnya.
2) Rehatkan mata apabila terlalu lama melihat skrin telefon bimbit, komputer dsb atau terlalu lama membaca. Rehatkan mata sekurang-kurangnya 10 minit setiap 50 minit.
Advertisement
Anda ada masalah susah untuk tidur? Selalu rasa lesu, kurang bertenaga & sakit – sakit sendi & lutut? Izinkan saya berkongsi produk – produk supplement herba terbaik untuk kesihatan badan


Ada kemusykilan? Ingin bertanya mengenai produk boleh tekan link whatsapp dibawah :

Ingin mengetahui pakej promosi terbaru supplement EMORRA EPISOR dan produk keluaran EMORRA yang lain? Nak terus buat pembelian? Klik Link Dibawah :


Advertisement
Sedang mencari homestay dengan harga yang berpatutan di tengah – tengah Kuala Lumpur?
Klik link dibawah untuk maklumat lanjut:
