Ikhrah Online Boutique

BLOG

Latest NEWS, Products & Gossip

Labuhkan Tudung Dan Tutup Aurat Dengan Sempurna

Tudung Labuh Untuk Haji dan Umrah / Khimar Khadeeja

Kewajipan Muslimah Untuk Labuhkan Tudung Dan Tutup Aurat Dengan Sempurna Mengikut Syariah

Labuhkan Tudung Dan Tutup Aurat Dengan Sempurna
Labuhkan Tudung Dan Tutup Aurat Dengan Sempurna

BANGI – Pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dinasihatkan agar kembali melabuhkan tudungnya serta menghentikan jualan tudung jenamanya yang tidak menutup aurat.

Mengesyorkan perkara itu, Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Norsaleha Mohd Salleh berkata, Neelofa sebagai ikon wanita muslimah Malaysia perlu berbuat demikian sebagai tanda bertaubat dan serius menerima teguran orang ramai.

Beliau menjelaskan, pihak-pihak yang memberi teguran hanya sekadar menasihat ikon Muslimah itu sebagai seorang saudara seIslam supaya tidak terlanjur dalam perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah swt.

“Justeru, tanda dia meminta ampun, adalah dengan berubah menjadi baik, bertaubat taknak mengulang lagi perkara yang silap dan menutup kesalahan itu dengan melakukan kebaikan.

“Maksudnya labuhkan tudung dia, jangan jual tudung yang tak menutup aurat, itu tandanya dia insaf dan sedar dengan kesilapan dia menyesal dengan perbuatan dia,” katanya kepada Ismaweb.net.

Pada masa sama, Dr Norsaleha mengingatkan agar Neelofa memohon ampun kepada Allah swt dan bukannya kepada manusia.

Ini kerana, katanya, isu yang melanda artis popular itu berhubung majlis pelancaran tudung di sebuah kelab malam di ibu negara itu bukan isu kesalahan beliau kepada manusia, tetapi kesalahannya kepada Allah swt.

“Kita ni manusia tak boleh nak ampunkan dosa orang. Isu bertudung, isu aurat itu adalah hak Allah swt. Labuhkan Tudung Dan Tutup Aurat Dengan Sempurna

“Yang memerintahkan kita menutup aurat, memerintahkan kita berakhlak mulia, dan memerintahkan kita menjaga kesopanan sebagai wanita muslimah adalah Allah.

“Jadi isu dia adalah dengan Allah, kita manusia tidak boleh mengampunkan dosa yang dia buat dengan Allah taala.

“Ini bila kita tengok, rakyat menerima permohonan maaf, mufti menerima permohonan maaf, untuk apa?

“Kita bukan paderi, paderi yang dalam amalan agama Kristian boleh ampunkan dosa orang bila buat salah. Itu satu benda yang saya harap tidak disalah faham,” tegasnya. – Ismaweb

Labuhkan Tudung Dan Tutup Aurat Dengan Sempurna

Sumber : www.indahnyaislam.my


Share To Friends & Family

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Homestay Terbaik Dengan Harga Berpatutan di Sentul KL
Perkhidmatan Wiring Rumah Untuk Sekitar KL & Selangor

Our Social Media

On Trend

Related Post

On Trend

Latest Stories

Shopping Cart
error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top