PART 1
Masalah Anak Autisme

Masalah anak autisme merupakan ganguan psikologi terhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan sentuhan.
Mereka tidak mempedulikan suara, penglihatannya ataupun perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran mereka.
Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap sesuatu perkara, reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara tersebut, malah adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi.
Kebiasaanya, mereka ini dikatakan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri ataupun sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran.
Apakah Punca Kepada Masalah Anak Autisme?

Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi berkemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak.
Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism.
Kanak-kanak yang mengalami Autisme mempunyai rupa bentuk fizikal yang sama seperti kanak-kanak normal yang lain.
Bagaimana Mengesan Masalah Anak Autisme Dikalangan Kanak-Kanak?

Ibu bapa boleh mengesan masalah ini melalui karakter yang ditunjukkan oleh mereka, antaranya adalah:
1. Masalah komunikasi dan berinteraksi
– Perkembangan bahasa yang lambat ataupun tiada langsung.
– Kelihatan seperti mempunyai masalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.
– Menggunakan bahasa badan jika ingin sesuatu dan sukar diajak bercakap
– Kadang kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja dan mengeluarkan bahasa yang tidak difahami orang lain.
– Perkataan atau jawapan yang tidak sesuai dengan pertanyaan.
– Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya.
– Suka bersendirian dan menjauhkan diri di suatu sudut.
– Tiada perhubungan mata (eye contact) dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain.
– Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan.
2. Gangguan Deria
– Sensitif pada sentuhan dan bunyi yang kuat.
– Tidak suka dipegang ataupun dipeluk.
– Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain.
3. Pola Bermain
– Tidak suka bermain bersama rakan dan bermain mengikut kehendak sendiri.
– Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin.
– Apabila menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana sahaja.
4. Tingkah Laku
– Sama ada hiperaktif ataupun hippoaktif.
– Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir.
– Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya).
– Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi.
5. Emosi
– Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya.
– Merosakkan apa saja yang ada disekitarnya dan menyerang orang jika emosinya terganggu.
– Adakalanya mencederakan dirinya sendiri dan tiada perasaan simpati ataupun memahami perasaan orang lain.
Cara Penyelesaian Masalah Anak Autisme

Sebagai seorang ibu bapa, mempunyai anak autis memang memerlukan penjagaan yang yang tepat untuk membantu mereka menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain.
Terdapat beberapa panduan untuk penjagaan anak autis.
1) Kenali anak anda – Setiap anak autis berbeza antara satu dengan yang lain. Mengenali ciri-ciri anak anda untuk memudahkan proses penjagaan mereka.
2) Tidak mengubah jadual waktu mereka – Anak autis ini sukar untuk menerima sesuatu yang baru. Jika anda ingin menukarkan jadual mereka, tukar sedikit-sedikit secara perlahan-lahan.
3) Memilih gaya pembelajaran – Setiap anak autis mempunyai cara pembelajaran yang tersendiri. Ada sesetengah kanak-kanak lebih cepat menerima info melalui pendengaran dan ada juga yang melalui visual. Sebagai seorang ibu bapa, anda haruslah mengetahui cara mana yang harus anda ikuti untuk membantu anak anda.
4) Menggunakan ayat ringkas – Menggunakan perkataan yang senang serta perkataan yang pendek sewaktu berkomunikasi. Hal ini kerana, perkataan yang pendek lebih mudah untuk difahami, dibaca, dan diulangi.
5) Menggunakan objek yang menarik dan warna yang terang – Kebiasaanya, kanak-kanak ini mempunyai barang permainan kesayangan mereka. Anda boleh menggunakan alat permainan tersebut sebagai alat pengajaran.
6) Mengenali bakat mereka – Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini kebiasaanya memang akan mengalami kelewatan perkembangan dari segi pergerakan dan komunikasi berbanding kanak-kanak lain. Tetapi, di antara mereka ini ada yang mempunyai bakat terpendam seperti melukis, bermain alat muzik dan sebagainya.
http://www.myhealth.gov.my/austisme-adakah-anak-saya-boleh-normal/
>>> PART 2 MASALAH ANAK HIPERAKTIF <<<
Suplement H-Focus Membantu tumbesaran & Minda Kreatif Anak – Anak Autisme
