PART 3
Masalah Anak Gagap Dalam Percakapan

Ramai ibu bapa yang akan bimbang apabila anak mereka menunjukkan masalah percakapan gagap.
Kegagapan adalah masalah pertuturan yang akan menggangu kelancaran dalam bunyi pertuturan.
Belajar bercakap memang akan mengambil masa dan kanak-kanak sering mengalami kesukaran pada permulaannya.
Gagap terbahagi kepada 2 kategori, iaitu;
1. Gagap Sementara – Adalah normal bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 – 4 tahun menyebut perkataan yang sama berulang-ulang di dalam satu ayat. Masalah ini hanya bersifat sementara dan akan berakhir dengan sendirinya.
2. Gagap sebenar
Simpton – Simpton Masalah Anak Gagap

Kanak-kanak yang mengalami masalah gagap sebenar akan menunjukkan beberapa symptom seperti :
– Anak mengulangi bunyi perkataan.
– Mata anak akan berkelip-kelip ketika bercakap
– Anak akan menahan pernafasan sewaktu bercakap
– Anak akan mengelak daripada menyebut perkataan-perkataan tertentu
– Anak seolah-olah takut atau panik apabila cuba untuk melafazkan perkataan-perkataan tertentu.
– Kita akan nampak kesukaran yang ketara apabila anak bercakap.
Sekiranya anak anda menunjukkan petanda seperti di atas, anda haruslah membawanya berjumpa dengan “speech therapist‘ untuk menjalani terapi pertuturan.
Merujuk kepada penyelidikan terkini, punca gagap di sebabkan oleh faktor genetik.
Namun, para penyelidik masih lagi mengkaji punca gagap ini.
http://www.myhealth.gov.my/gagap-di-kalangan-kanak-kanak/
Mengenal Pasti Masalah Anak Gagap

Kanak-kanak yang mengalami masalah gagap ini dapat di lihat melalui beberapa tanda seperti:
I. Multiple Repetitions
Ulangan sebahagian daripada perkataan lebih daripada 1 atau 2 kali, dalam keadaan yang tergesa-gesa atau dengan tempo yang tidak menentu.
Contoh: ―ke-ke-ke-kereta!!
II. Prolongations (Pemanjangan bunyi)
Bunyi awal atau bunyi tengah perkataan dipanjangkan.
Contoh: ―mmmmmeja!! atau ―meeeeee-ja!!
III. Ulangan perkataan atau frasa
Contoh: ―rumah-rumah-rumah-rumah saya!! atau ―saya nak-saya nak-saya nak-saya nak keluar!!
IV. Penggunaan ―ah!!
Contoh: ―bah-bah-bah—besar!!
V. Blocking
Berlaku apabila seseorang berhenti atau tersangkut sebelum atau semasa penghasilan bunyi atau perkataan.
VI. Struggle dan tension
Ketegangan otot boleh dilihat pada hidung, rahang, leher, pipi, dahi dan dada apabila menghadapi kegagapan.
VII. Pitch dan kekuatan suara bertambah
Pertambahan pitch atau kekuatan suara biasanya berlaku semasa sounds prolongation (pemanjangan bunyi), apabila kanak-kanak mempunyai masalah untuk bertukar ke bunyi seterusnya.
VIII. Tremor
Getaran pada rahang, bibir, dan lidah semasa bercakap.
IX. Mengelakkan sesetengah bunyi, perkataan atau situasi bercakap
Kanak-kanak mungkin akan menukarkan kepada bunyi atau perkataan lain sebagai ganti kepada perkataan yang gagap dan juga situasi bercakap seperti menjawab soalan di kelas.
Contoh: ―Saya nak bagi tahu mmmma (mak), ibu nanti!!
X. Menggerakkan anggota badan lain
Kanak-kanak mungkin mengerakkan kepala, tangan, atau kaki, mengelip mata atau menggerakkan anggota badan lain secara luar biasa apabila mengalami kegagapan.
Masalah Anak Gagap

Anak yang mempunyai masalah gagap memang akan menjejaskan pertuturan mereka.
Anda sebagai ibu bapa perlu memastikan bahawa masalah gagap ini hanya bersifat sementara ataupun kekal.
Jika anda mendapati anak anda menunjukkan gejala gagap kekal, eloklah anda membawanya berjumpa dengan “speech therapist‘ untuk membuat penilaian.
“Speech therapist‘ akan mencadangkan beberapa penyelesaian untuk membantu kita dan anak serta keluarga.
Bantu Atasi Masalah Anak Gagap

Berikut adalah beberapa cara untuk membantu anak yang mengalami masalah gagap.
– Jangan menjerit kepada anak dan menghukumnya kerana kegagapan tersebut.
– Melayan si anak bercakap dan mendengar kata-katanya dengan penuh perhatian tanpa fokus terhadap kegagapannya.
– Menurut kebanyakan pakar, kita tidak perlu menasihati anak untuk memperlahankan percakapannya dan kita juga tidak perlu mengulangi apa yang dicakapkan oleh anak.
– Sabar menunggu si anak untuk menghabiskan ayat. Jangan tolong melengkapkan percakapannya.
– Ajak si anak berbual dalam keadaan tenang tanpa gangguan.
– Jangan ungkit tentang masalahnya. Contoh, “Waaaa, adik dah tak gagap la”. Memang niat untuk memuji, tetapi secara tidak langsung, ia mengingatkan tentang masalah itu.
– Apabila perasan anak bercakap gagap, alihkan perhatiannya ke arah perkara lain yang lebih seronok agar anak dapat melupakan masalah gagapnya.
– Ajak bermain atau menyanyi kerana sewaktu menyanyi, orang takkan gagap.
>> PART 2 MASALAH ANAK HIPERAKTIF <<
>> PART 4 MASALAH GLOBAL DEVELOPEMENTAL DELAY (GDD) <<
Suplement H-Focus Membantu Tumbesaran & Minda Kreatif Anak – Anak HIPERAKTIF

