PART 2
Masalah Anak Hiperaktif

Masalah anak hiperaktif ni dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dimana mereka ini mempunyai masalah tingkah laku disebabkan ketidaknormalan otak yang membuatkan kanak-kanak ini berciri aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat.
Mereka ini tersangat aktif, lasak, dan mereka akan selalu bergerak dan tidak pernah puas dengan permainan mereka.
Mereka boleh memahami dan berfikir tetapi sukar memberi tumpuan atau perhatian. Ini adalah penyebab masalah anak hiperaktif ini sukar bergaul dalam masyarakat dan lemah dari segi akademiknya.
Jika perkara ini dibiarkan berlarutan, ia akan mengundang pelbagai masalah di masa hadapan dimana meraka akan mengalami kekurangan keyakinan diri, perasaan rendah diri, lemah pencapaian akademik, dipulaukan teman sebaya, sering melanggar peraturan dan sebagainya.

Masalah tingkah laku hiperaktif dan agresif ini terjadi disebabkan oleh perubahan kimia (neurotransmitter) pada otak dan selalunya otaknya bersaiz lebih kecil (5-10%) daripada normal.
Di antara punca penyebab anak hiperaktif ialah:
– ibu yang merokok semasa hamil,
– faktor genetik,
– kelahiran pramatang ,
– mengalami kecederaan otak semasa dalam kandungan
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati, 4.3% kanak-kanak mengalami masalah ADHD dan 60% tidak mendapatkan rawatan awal menyebabkan individu ini membesar dalam keadaan bermasalah.
Dr Subash Kumar Pillai merupakan Perunding Psikiatrik Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengatakan bahawa ADHD sukar dikesan dari mata kasar kerana kenakalan mereka ini lebih kurang sama dengan kanak-kanak nakal yang lain.
Namun, mereka ini dapat di kenal pasti dari tahap tingkah lakunya.
Kanak-kanak yang nakal akan mendengar cakap dan belajar dari kesilapan tetapi sebaliknya untuk kanak-kanak ADHD.
Ciri – Ciri Masalah Anak Hiperaktif

Ciri-ciri masalah anak hiperaktif atau ADHD boleh di lihat dalam 3 kumpulan yang besar, iaitu:
I. Terlalu aktif
1. Kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliat di tempat duduk.
2. Selalu meninggalkan tempat duduk, memanjat dan berlari ke sana sini .
3. Kerap menghadapi masalah bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap.
4. Banyak bercakap
5. Bergerak cergas atau bertindak seolah-olah mereka digerakkan motor.
6. Cerewet tanpa sebab dan mudah marah untuk perkara kecil.
7. Apabila bermain sesuatu ia cepat bosan dan mencari permainan baru yang lebih mencabar fizikalnya.
8. Segala kehendaknya perlu dipenuhi segera dan tidak boleh bertoleransi.
9. Selalu mengusik orang lain tanpa sebab.
II. Tempoh tumpuan yang singkat
– Tempoh tumpuan singkat dan mudah bertukar daripada satu aktiviti kepada aktiviti lain.
– Tidak dapat mematuhi arahan kerja sekolah atau aktiviti lain.
– Kerap mengelak, tidak suka atau malas melakukan perkara yang perlu dilakukan dengan tumpuan.
– Selalu kehilangan atau tercicir barang.
– Tumpuan mudah bertukar.
– Pelupa kerana ia tidak sepatutnya berlaku dalam usia berkenaan.
III. Kurang sabar
– Selalu beri jawapan sebelum soalan lengkap diajukan.
– Kurang sabar menghadapi masalah menunggu giliran
– Mengganggu perbualan orang lain
– Mudah mendapat kemalangan.
– Sering mengganggu atau mencelah aktiviti rakan lain.
Cara Penyelesaian Masalah Anak Hiperaktif

Mempunyai anak yang mengalami masalah hiperaktif memang akan memeningkan kepala. Mereka ini memang tidak akan pernah duduk diam.
Sebagai seorang ibu bapa, kesabaran yang tinggi memang amat diperlukan bagi memastikan si anak sentiasa dalam keadaan baik.
Berikut ini adalah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mendidik dan membimbing anak-anak mereka.
1. Mengajar mereka untuk berdisiplin dengan cara menetapkan peraturan, agar mereka mampu mengatur dirinya dengan baik.
2. Jangan melabel mereka sebagai anak nakal, malas atau bodoh, karena akhirnya ia akan bersikap seperti yang dilabelkan padanya.
3. Berikan kasih sayang yang secukupnya kepada mereka.
4. Jangan pernah berasa bosan untuk mengajar mereka perkara yang sama berulang-ulang.
5. Banyakkan bercakap dengan mereka melebihi kanak-kanak normal.
6. Pastikan mereka mempunyai kegiatan tambahan agar mereka mempunyai tempat yang tersendiri untuk membuatkan mereka lebih percayakan dirinya.
7. Mendidik anak untuk duduk diam sewaktu makan malam. Dengan pendidikan yang sempurna, ia boleh merangsang mereka untuk bersikap lebih baik dan sopan.
8. Berikan kegembiraan kepada si anak dengan memberikan mereka tempat yang tenang untuknya bermain. Anda juga boleh belikan mereka permainan yang boleh membantu proses pembelajarannya.
9. Gunakan masa lapang untuk membawa mereka keluar bersiar-siar ke taman permainan, membaca buku bersama-sama, atau sekadar bermain dan bergurau dengan mereka. Detik-detik seperti ini boleh membantu untuk menjalin hubungan yang mesra dengan mereka. Mereka juga dibenarkan bebas melakukan aktiviti sendiri selagi tidak melanggar peraturan yang telah dibuat.
>> PART 1 MASALAH ANAK AUTISME <<
>> PART 3 MASALAH ANAK GAGAP <<
Suplement H-Focus Membantu tumbesaran & Minda Kreatif Anak – Anak HIPERAKTIF

