Ikhrah Online Boutique

BLOG

Latest NEWS, Products & Gossip

Sedarkah Anda Yang Anak Anda Mengalami Masalah? Part 6 – Masalah Disleksia

Masalah Disleksia ikhrah.com 1

PART 6

Masalah Disleksia

Masalah Disleksia ikhrah.com 2
Masalah Disleksia

Masalah Disleksia adalah salah satu masalah kanak-kanak yang menganggu kemampuan membaca dan menulis. Hal ini menyebabkan mereka mengalami masalah pembelajaran di sekolah.

Secara ringkasnya, masalah ini dianggap sebagai sebuah gangguan pada kemampuan belajar, bukan hanya membaca dan menulis.

Masalah ini sudah berlaku sejak dahulu lagi, dimana Alexander Graham Bell, Albert Einstein, dan Leonardo da Vinci adalah salah seorang yang mengalami masalah ini.

Punca sebenar masalah ini berlaku masih dalam penyelidikan.

Tetapi para pakar telah berpendapat bahawa salah satu punca masalah ini adalah disebabkan oleh faktor keturunan, dimana seseorang kanak-kanak itu berpotensi untuk mengalami masalah ini jika ada ahli keluarga yang mengalami perkara yang sama.

Terdapat 2 jenis disleksia iaitu;


I. Disleksia Primer

– Terjadi apabila cerebrum tidak berfungsi dengan baik
– Faktor genetik dan keturunan


II. Disleksia Berkembang

– Terjadi ketika si anak masih lagi dalam kandungan
– Dapat membaca tetapi tidak lancar dan mempunyai masalah untuk mengeja kata-kata.


Mengenal Pasti Masalah Disleksia Dikalangan Kanak – Kanak

Masalah Disleksia ikhrah.com 4
Masalah Disleksia

Masalah ini dapat dilihat semasa mereka masih kecil dan berada di alam persekolahan, antaranya adalah;

– Kreatif dan pandai
– Mengalami kesukaran untuk menyebut perkataan
– Sukar untuk menulis nama sendiri
– Mempunyai masalah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
– Sukar mengenal bentuk atau warna
– Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
– Lambat belajar bercakap tetapi petah bercaka
– Mempunyai masalah untuk mempelajari bahasa baru.
– Kesilapan semasa membaca dan menulis huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) : 15 dengan 51, “was” menjadi “saw”, “b” dengan “d”
– Pendengaran yang lebih tajam
– Khayalan yang kuat
– Keliru dengan konsep masa seperti “semalam”, “hari ini‘ , “esok”
– Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
– Selalu tersalah letak atau hilang barang sekolah

Masalah Disleksia ikhrah.com 3

Atasi Masalah Disleksia

Masalah Disleksia ikhrah.com 5

Kanak-kanak yang mempunyai masalah disleksia mempunyai masalah pembelajaran dan penulisan.

Justeru itu, sebagai seorang ibu bapa sokongan moral amat diperlukan. Anda perlu membantunya belajar membaca dan menulis secara intensif.

Disini terdapat beberapa tips yang dapat membantu kanak-kanak yang menghidap disleksia.

Antaranya adalah ;

– Ibu bapa perlu memberikan sokongan dan kasih sayang terhadap mereka ini kerana mereka kehilangan kepercayaan diri terhadap kemampuannya untuk belajar.

– Ibu bapa perlu membantu mereka membaca, menulis, mengira agar mereka sentiasa terasa disayangi. Sesekali, bacakanlah buku utuk mereka.

– Lakukan aktiviti simulasi seperti permainan menyusun puzzle, menyusun huruf, menyusun kata.

– Anda perlu melatih mereka supaya pakai pakaian sendiri.

– Jangan sesekali mengungkit kelemahannya.

– Sentiasa memberikan kata-kata semangat agar kepercayaan terhadap dirinya meningkat.


>> PART 5 MASALAH LAMBAT BERCAKAP <<

>> PART 7 MASALAH MYOPIA (RABUN JAUH) <<


Suplement H-Focus Membantu tumbesaran & Minda Kreatif Anak – Anak DISLEKSIA

Masalah Anak Hyperaktif ikhrah.com 5
H-Focus AKids

Share To Friends & Family

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Homestay Terbaik Dengan Harga Berpatutan di Sentul KL
Perkhidmatan Wiring Rumah Untuk Sekitar KL & Selangor

Our Social Media

On Trend

Related Post

On Trend

Latest Stories

Shopping Cart
error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top