Ikhrah Online Boutique

BLOG

Latest NEWS, Products & Gossip

Sedarkah Anda Yang Anak Anda Mengalami Masalah? Part 9 – Masalah Mata Juling

Masalah Mata Juling ikhrah.com 1

PART 9

Masalah Mata Juling

Masalah Mata Juling ikhrah.com 2
Masalah Mata Juling

Masalah Mata Juling ataupun nama lainnya “strabismus” ataupun “heterotropia” terjadi di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang berbeza, dan menyebabkan ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama kerana penyimpangan mata kanan dan kiri.

Keadaan tersebut boleh menjadi kekal (selalu berlaku) atau berlaku dalam keadaan tertentu saja seperti saat sakit atau stress.

Mata yang tampak juling dapat terlihat lurus dan yang tadinya tampak lurus dapat terlihat juling dan boleh diklasifikasi kepada beberapa jenis:

– Esotropia : mata terletak menghampiri hidung
– Exotropia : mata terletak menjauhi hidung
– Hipertropia : mata terarah melihat ke atas
– Hipotropia : mata terarah melihat bawah

Masalah Mata Juling ikhrah.com 3
Masalah Mata Juling

Antara punca-punca yang boleh menyebabkan masalah mata juling adalah faktor semula jadi yang dialami sejak lahir dan juga berlakunya kerosakan saraf yang mengawal pergerakan mata.

Masalah ini adalah di sebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata juling tersebut.

Selain itu, di sebabkan rabun dekat yang terlampau tinggi power boleh menyebabkan mata bergerak kearah dalam.

Kebiasaanya masalah mata juling ini lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.

Pemeriksaan komprehensif boleh dilakukan oleh Optometris atau Ortoptis bagi memastikan punca berlakunya juling.

Masalah Mata Juling ikhrah.com 4


Masalah mata juling bukan sahaja menjejaskan keupayaan mata untuk melihat dengan jelas malah menjejaskan rupa paras seterusnya mempengaruhi keyakinan diri seseorang.

Mereka yang mempunyai masalah itu lazimnya akan merasa rendah diri,kurang yakin dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat.

Ibu bapa yang mendapati mata anak mereka juling sejak lahir perlu memerhatikan keadaan juling itu sehingga kanak-kanak itu berumur 6 bulan.

Sekirannya masalah juling berlarutan kanak-kanak itu perlu dibawa berjumpa doktor untuk dibuat pemeriksaan sebelum diberi rawatan.

Selalunya masalah juling sejak kecil yang tidak dirawat boleh membahayakan kanak-kanak tersebut.

Ini kerana masalah mata juling menghalang kanak-kanak untuk melihat objek dengan jelas.

Pada keadaan biasa,apabila mata melihat sesuatu objek,bola mata akan bergerak pada satu arah yang sama.

Namun bagi seorang yang juling,jika dia melihat kiri , hanya sebelah mata sahaja yang bergerak ke arah itu sedangkan sebelah mata lagi melihat ke arah lain.

Fenomena ini menyebabkan cahaya yang masuk ke dalam mata akan difokus ke bahagian yang tidak sama pada retina.

Lama-kalamaan,mata yang tidak mendapat imej tepat akan menjadi malas atau dikenali sebagai ‘amblyopia‘ yang mengurankan keupayaan mata untuk melihat dengan jelas.


Apakah Rawatan Untuk Masalah Mata Juling?

Masalah Mata Juling ikhrah.com 5

Untuk juling, ianya tidak bolen dibetulkan dengan sendirinya. Rawatan diperlukan.

Beberapa kaedah rawatan boleh digunakan bergantung kepada jenis juling mata.


– Cermin mata biasanya untuk membantu mata lihat dengan lebih baik

– Ubat airmata atau ointment boleh juga diberi, dengan atau tanpa cermin mata. Ubat suntikan kedalam otot mata kadang-kadang juga diberikan.

– Operation kadang-kadang diperlukan untuk menyelarikan mata

– Latihan senaman mata juga boleh dilakukan untuk juling yang tertentu.

Sekiranya seseorang itu mempunyai darjah kejulingan yang sedikit dan tidak mempunyai penglihatan binokular, rawatan dengan menggunakan kaedah terapi boleh dilakukan dengan jayanya.

Terapi penglihatan adalah satu terapi fizikal untuk sistem penglihatan yang meransang otak dan juga mata.

Dengan menggunakan satu siri prosedur terapeutik (latihan mata), pesakit boleh mendapat penglihatan normal kembali.

Terapi penglihatan boleh digunakan untuk membaiki pelbagai jenis gangguan penglihatan binokular seperti ambliopia (mata malas), kejulingan, kerabunan jauh dan dekat ataupun astigmatisma dan lain lain lagi.

Sekiranya gagal, rawatan secara surgeri akan dilakukan sekiranya perlu.

Oleh sedemikian jangan berlengah-lengah lagi sekiranya anda mengesyaki mata anak anda mungkin nampak juling.

Dapatkan pandangan dari Optometris anda secepat mungkin.


>> PART 8 MASALAH ASTIGMATISME (RABUN SILAU) <<

>> PART 10 MASALAH MATA MALAS <<


PERHATIAN! ADAKAH ANAK-ANAK ANDA SUDAH BERSEDIA MENGHADAPI EXAM PADA TAHUN INI?

EXAM PENTING DAH DEKAT, RISAU ANAK TAK FOKUS MASA CIKGU AJAR DALAM KELAS

RISAU DENGAN PRESTASI PELAJARAN ANAK YANG KURANG MEMBERANGSANGKAN?

PT3 & SPM/STPM bakal tiba tidak lama lagi. Oleh itu, anda perlu risau jika anda mempunyai anak yang menghadapi masalah seperti ini: 


– Tak fokus ketika belajar
– Tak minat dalam pelajaran mereka
– Susah untuk menghafal & mudah lupa selalu
– Susah bangun waktu pagi
– Sukar menghafal ayat Al quran
– Keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan

Andai anak tak fokus ketika dalam kelas, maka hilanglah sebahagian besar maklumat penting untuk exam.

Sebab tu lah, semua pelajar berusaha bersungguh2 untuk tingkatkan prstasi.

Tapi kalau dah mengantuk, letih, susah belajar, macam mana nak fokus di dalam kelas?

Sebagai ibu bapa kita mesti rasa risau dengan prestasi anak kita buka

Suplement H-Focus Membantu Tumbesaran & Minda Kreatif Anak – Anak HIPERAKTIF

Masalah Anak Hyperaktif ikhrah.com 5
H-Focus AKids

Share To Friends & Family

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Homestay Terbaik Dengan Harga Berpatutan di Sentul KL
Perkhidmatan Wiring Rumah Untuk Sekitar KL & Selangor

Our Social Media

On Trend

Related Post

On Trend

Latest Stories

Shopping Cart
error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top