PART 7
Masalah Rabun Jauh (Myopia)

Masalah Rabun Jauh (Myopia) di kenali sebagai rabun jauh di mana seseorang itu tidak dapat melihat objek yang berada jauh dengan jelas.
Masalah ini terjadi disebabkan oleh bentuk kornea mata yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang, menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya.
Mengikut statistik yang dikeluarkan pada tahun 2013, 35% daripada kanak-kanak yang bersekolah mengalami masalah rabun dan setiap tahun, peningkatan terhadap kanak-kanak yang mengalami masalah rabun meningkat.
Perkara ini membimbangkan pakar-pakar penjagaan mata dan ahli-ahli optometri di seluruh dunia.
Masalah rabun jauh ini sering berlaku dikalangan kanak-kanak dan dewasa. Menurut Pakar Mata Kanak-kanak, Pusat Pakar Mata Antarabangsa (ISEC), Dr. Choong Yee, masalah rabun ini boleh berlaku kepada semua peringkat umur, termasuklah bayi yang baru lahir.
Masalah rabun boleh berpunca daripada beberapa faktor, antaranya adalah;
– Faktor keturunan
– Terlalu terdedah dengan cahaya
– Membaca di kawasan gelap
– Terlalu lama bermain dengan gajet
– Belajar diperingkat tinggi
– Melakukan kerja yang memerlukan fokus yang dekat
– Kurang bermain di luar
Terdapat beberapa petanda yang ditunjukkan jika anda mengalami masalah rabun.
Antaranya adalah ;
– Pandangan menjadi kabur apabila melihat objek yang berada jauh.
– Mengecilkan mata bila ingin melihat objek jauh.
– Sakit kepala kerana terlalu fokus untuk melihat objek yang jauh
– Selalu mengedipkan mata.
– Sering menggosok mata.
Atasi Masalah Rabun (Myopia) Anak

Masalah Rabun Jauh (Myopia) masalah yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak sekolah dan remaja. Selalunya masalah ini dikesan pada awal usia persekolahannya tetapi semakin serius pada usia remaja.
Masalah penglihatan bukan hanya rabun jauh tetapi termasuklah kabur, penglihatan berganda dan penglihatan tidak selesa (seperti imej yang terherot dan penglihatan yang kadang kala berwarna).
Pada peringkat usia terlalu awal dan belum bersekolah, kanak-kanak tidak tahu untuk memberitahu mengenai masalah penglihatannya.
Apatah lagi ia berlaku terlalu awal, dia sudah biasa dengan penglihatan begitu dan menganggapnya normal.
Justeru, ibu bapa harus peka dengan perlakuan anak. Misalnya dia sukar menentukan jarak antara dirinya dengan objek di hadapan.
Perlu diketahui, rabun jauh lebih kerap terjadi kepada anak-anak yang lahir dari pasangan yang rabun jauh juga.
Masalah rabun jauh diwarisi dari keluarga misalnya, ibu bapa yang rabun jauh.
Tetapi bukan semua anak dari pasangan rabun jauh akan mengalami masalah ini.
Rabun jauh bukan sekadar masalah yang diwarisi secara genetik tetapi dipengaruhi juga dengan masalah persekitaran seperti menonton televisyen terlalu lama, membaca dalam keadaan gelap dan persekitaran yang sempit.
Justeru rabun jauh selalunya diwarisi, agak sukar untuk mencegahnya secara keseluruhan.
Tetapi ada beberapa langkah boleh meminimumkan.
– Buat pemeriksaan mata awal
– Jika tidak selesa untuk melihat televisyen dengan jarak jauh, mungkin sudah mengalami rabun jauh dan perlu menjalani pemeriksaan.
– Ibu bapa harus peka pada rungutan misalnya dia tidak nampak apabila guru menulis di papan hitam
– Penglihatan berkembar
– Mengadu pening jika membaca terlalu lama

Selalunya kanak-kanak, remaja atau dewasa dengan masalah rabun jauh akan mengadu sakit kepala, sakit mata dan letih apabila cuba memfokus pada sesuatu objek lebih beberapa kaki jauh daripadanya.
Lazimnya juga, penghidap rabun jauh mengadu sukar melihat objek yang jauh dan akan cuba merapati untuk melihatnya secara jelas.
Jika menghadapi simptom ini, buat temu janji dengan optometrist segera.
Pun begitu, orang ramai tidak perlu bimbang kerana terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk membantu kanak-kanak ini memperbaiki tahap penglihatan mereka.
Antaranya adalah:
– Pemakaian cermin mata dengan kanta yang betul bersesuaian dengan tahap rabun yang dihadapi untuk memberi keselesaan dan memastikan mereka dapat melihat dengan jelas.
– Dalam usaha untuk memperlahankan proses menjadi rabun serta mengurangkan risiko masalah rabun jauh ini, ibu bapa disaran agar memperuntukkan masa anak-anak untuk bermain di luar rumah sekurang-kurangnya dua jam sehari untuk didedahkan kepada cahaya luar yang lebih semula jadi.
– Selain itu, aktiviti bersama gajet perlu dikurangkan dan penggunaan ubat titis juga dilihat mampu melambatkan proses menjadi rabun jauh. Tetapi perlu diingatkan sekiranya tidak diuruskan dengan betul kanak-kanak ini berisiko tinggi untuk hilang penglihatan mereka pada masa hadapan.
– Selain itu, pemakaian kanta lekap juga digalakkan tetapi rawatan laser atau lasik dinasihatkan tidak digunakan kepada kanak-kanak kerana tidak bersesuaian dengan umur mereka.
– Penggunaan kanta lekap adalah tidak digalakkan bagi kanak-kanak kerana mereka kurang cermat dari segi penjagaan kanta lekap, contohnya sekiranya kanak-kanak itu tertidur dengan memakai kanta lekap, ini boleh menyebabkan jangkitan kuman.
– Menggalakkan anak masing-masing memakai kaca mata hitam.
– Ini bukan bertujuan untuk bergaya, tetapi adalah untuk melindungi mata anak-anak anda dari sinaran cahaya UV
Pembedahan LASIK untuk merawat rabun jauh, hanya boleh dilakukan selepas seseorang itu mencapai usia 21 tahun, kerana selepas usia itu mereka tidak lagi membesar.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang rabun, sebaiknya pemeriksaan mata dilakukan setahun sekali, tetapi bagi kanak-kanak yang sedang membesar dengan pantas, contohnya mereka yang baru aqil baligh, sekiranya mereka mengadu cermin mata mereka semakin kabur atau kerap sakit kepala, bawalah mereka untuk pemeriksaan lebih awal.
>> PART 6 MASALAH ANAK DISLEKSIA <<
>> PART 8 MASALAH ASTIGMATISME (RABUN SILAU) <<
Suplement H-Focus Membantu tumbesaran Minda & KESIHATAN MATA

