PART 8
Masalah Rabun Silau (ASTIGMATISME)

Masalah Rabun Silau (Astigmatisme). Selain rabun jauh dan dekat, rabun silau merupakan masalah besar yang sering dihadapi oleh kebanyakan individu di seluruh dunia.
Masalah rabun silau bukan sahaja menyukarkan penglihatan secara normal, malah ia sering menganggu pemandangan seseorang yang memandu kenderaan terutama pada waktu malam.
Pada masa kini, memiliki gajet ataupun telefon sendiri bukanlah satu perkara yang asing bagi individu.
Malahan, ia telah bertukar menjadi satu keperluan asas bagi setiap orang, tidak terkecuali pada kanak-kanak.
Kebanyakan ibu bapa sekarang lebih cenderung untuk menjadikan tablet sebagai alat permainan bagi anak mereka.
Ternyata tindakan mereka ini adalah salah kerana ia mendorong kepada masalah rabun silau.
Pendedahan mata kepada skrin cerah dalam jangka masa yang panjang menyebabkan masalah rabun silau.

Rabun silau atau nama lainnya “astigmatisme” ini adalah disebabkan imej yang terbentuk lebih dari satu titik fokus.
Ianya disebabkan oleh permukaan kornea yang tidak sekata ataupun beralun menyebabkan cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan pada satu titik sahaja lalu membentuk imej yang kurang jelas dan tepat membuatkan penglihatan menjadi silau.
Rabun silau ini boleh berlaku tidak mengira umur. Rabun silau pada kanak-kanak bukanlah satu perkara luarbiasa, tapi ia perlu lebih perhatian.
Apa Bahayanya Rabun Silau Kanak-Kanak Ini?

Paling serius adalah pada rangsangan saraf untuk melihat. Jika ia tidak dibetulkan, rangsangan imej yang terang tidak diperoleh oleh otak.
Maksudnya, otak tak tahupun dan tak pernah belajar imej yang terang tu bagaimana dari mata yang punya rabun silau ini.
Jika dibiarkan sehingga mata telah matang, saraf susah untuk kembali berfungsi walaupun setelah pakai cermin mata.
Jika power melebihi dari kebiasaan (biasanya power rabun silau kurang dari 200), ia boleh beri kesan terhadap cara efektif untuk betulkannya.
Power cermin mata hanya boleh menampung sehingga power rabun silau 500.
Tapi mata tidak lagi beri respon yang baik bila power ini dah melebihi 400.
Mata tak berapa sensitif dan kanak-kanak itu sendiri masih susah nak lihat dengan jelas (walaupun dengan spek yang baru). Kebanyakan pakar menggelarnya sebagai ‘Lazy Eye‘.
Kebanyakan kanak-kanak tidak dapat memberitahu yang mereka rasa silau, kabur pandangannya dan rasa susah nak membaca lama-lama.
Tetapi kebanyakan mereka memberi signal pada kita seperti:
– Selalu kecilkan mata.
– Selalu kerdipkan mata
– Tulisan ada yang huruf terbalik.
– Tumpuan membaca perlu masa yang lebih.
– Sakit kepala.
– Rasa letih selepas pulang dari sekolah.
– Tidak mahir bersukan.
– Mata berair
– Juling iaitu keadaan mata yang tidak selari antara satu sama lain
Jika lambat rawatan diberi kepada mereka, ia akan memberi kesan terhadap keputusan exam mereka nanti.
Rawatan Yang Diperlukan Oleh Penghidap Rabun Silau

1. Cermin Mata
Pemakaian cermin mata adalah satu cara yang mudah dan selamat untuk semua orang. Malah, ia menjadi pilihan ramai kerana pelbagai reka bentuk cermin mata.
2. Kanta Lekap
Kanta lekap memberikan keselesaan yang lebih berbanding memakai cermin mata. Terdapat kanta lekap khas untuk penghidap rabun silau tinggi iaitu kanta lekap Torik atau RGP. Namun, langkah penjagaan dan pemakaian kanta lekap yang selamat dan betul perlu dititikberatkan untuk mengelak sebarang komplikasi pada mata.
3. Pembedahan Kornea
Pembedahan kornea merupakan langkah akhir untuk merawat rabun silau ini. Teknik laser akan digunakan untuk menghapuskan kelengkungan kornea yang tidak sekata dan menjadikannya lebih berbentuk sferikal. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat dari doktor pakar jika anda merancang untuk melakukan pembedahan.
Tips Memilih Cermin Mata Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak

– Benarkan anak anda memilih bingkai mereka sendiri mengikut citarasa mereka.
– Pilihlah bingkai plastik kerana ia tahan lama dan tidak membahayakan kanak-kanak terutamanya sekiranya anak anda berumur dua tahun dan ke atas.
– Sekiranya anak anda mahu memilih untuk menggunakan bingkai logam, pastikan cermin mata mereka mempunyai engsel spring kerana ia lebih tahan lama. Walaubagaimanapun,cermin mata bingkai logam ini sesuai untuk kanak-kanak yang lebih besar.
– Kanta khas yang dipanggil kanta tinggi indeks, yang lebih nipis dan lebih ringan daripada kanta plastik diperlukan oleh kanak-kanak yang mempunyai masalah mata yang teruk.
– Pastikan terdapat satu tali elastik yang disertakan dengan cermin mata kerana ia akan membantu menjaga cermin mata tersebut sekiranya mereka sedang bergerak aktif seperti bermain.
Tips Untuk Mengatasi Masalah Rabun Silau

1. Lihat pokok hijau dalam tempoh 10 minit pada setiap pagi. Tetapi anda hendaklah berdiri di satu posisi sahaja dan fokus kepada titik tersebut.
2. Elakkan untuk membaca buku atau melihat skrin telefon dalam suasana cahaya yang samar.
3. Banyakkan makan makanan yang mengandungi sumber Vitamin A seperti minum jus lobak merah, tetapi jangan menggunakan gula dan ais.
4. Jangan melihat skrin komputer terlalu lama. Setiap 30 minit,rehatkan mata anda dengan pejam dan celik berulangkali untuk meregangkan otot mata.
5. Makan supplement untuk membantu kesihatan mata.
>> PART 7 MASALAH ANAK DISLEKSIA <<
>> PART 9 MASALAH MATA JULING <<
Suplement H-Focus Membantu Tumbesaran & Minda Kreatif Serta Masalah Rabun

