Ikhrah Online Boutique

BLOG

Latest NEWS, Products & Gossip

Q&A 1 Bersama Dr Mariani – Bahan-Bahan Dalam Dermags

DERMAGS Dr Mariani ikhrah.com 8

Q&A 1- Bahan-Bahan Dalam Dermags

Bahan - Bahan Dalam DERMAGS 1
Bahan – Bahan Dalam DERMAGS

SOALAN 1:
Salam Dr. , dalam moisturizer tu, ingredients apa yg akan bantu baiki fungsi skin barrier function ?

JAWAPAN 1:
Ekstrak akar ginseng, rose, keladi, gingko & teh membantu meningkatkan skin barrier function dlm moisturizer


SOALAN 2:
DERMAGS dapat pengiktirafan halal tak?

JAWAPAN 2:
Dalam proses mendapat pengiktirafan

  • Dermags keluaran Muslim
  • DERMAGs menjadi rakan niaga dan rakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). PPIM bertujuan utk menjaga & membela hak & mengembalikan maruah pengguna islam, melalui perlaksanaan aktiviti2 yg proaktif dan berstrategi.

Kelebihan Rakan Niaga & Rakan PPIM

  • sijil keahlian
  • plak identity
  • penggunaan logo PPIM pada produk

SOALAN 3:
Salam Dr Mariani, nak minta penjelasan sikit tentang SPF. Sy dpt info drp satu blog dari US katanya penggunaan higher SPF seperti SPF50 mengandungi lebih bahan kimia yg boleh menyebabkan kerosakan tisu, hormon imbalance (ketidakseimbangan hormone) dan alergik. Katanya maksimum yg diperlukan cuma SPF30, kalau perlu lebih lama berada di bawah matahari just tambah pemakaian SPF30. Apa pandangan Dr?

JAWAPAN 3:
Tidak tepat. SPF ini bergantung kepada keadaan cuaca di sesebuah tempat. Bagi Negara barat SPF30 sememangnya mencukupi. Tetapi bagi iklim khatulistiwa seperti Malaysia, SPF50 adalah lebih sesuai. SPF merujuk kepada Sun Protection Factor. Semakin tinggi faktor, semakin lama kulit kita akan dilindungi sebelum ‘terbakar’. Bagi cuaca seperti Malaysia, SPF50 lebih digalakkan kerana faktor sinaran matahari yang lebih terik dan panas berbanding negara barat. Sunblock bertujuan untuk melindungi wajah dari sinar UV daripada cahaya matahari.

Terdapat 2 jenis sinar UV:

i- UVA : A untuk ‘Aging’ – Sinar UV yang meyebabkan penuaan kulit
ii-UVB : B untuk ‘Burn’ – Sinar UV yang menyebabkan kulit hangus

Sebaik-baik sunblock adalah yang mempunyai 2 faktor perlindungan:

i- SPF : melindungi kulit dari sinar UVB
ii- PA+++ ATAU Broad Spectrum : melindungi kulit dari sinar UVA


SOALAN 4:
Saya ada terbaca satu paper yang kata alpha mags ni sebenarnya tak sesuai untuk topical cosmetic sebab sifatnya yang susah nak diserap kulit, jadi dibuat satu carrier untuk bawa alpha mags ni masuk dalam kulit.
Apa maksudnya?

JAWAPAN 4:
Alpha mangostin mmg bersifat hydrophobic . Jadi perlu gunakan carrier (niosome/flexosome/liposome etc). Utk produk dermags mmg kita gunakan nanotechnology (niosome) as a carrier .

Sy ada publish paper mengenai alpha mangostin proniosome for better skin’s penetration http://eprints.utm.my/60702/

Ini link tesis student sy :point_up_2:
http://eprints.utm.my/60702/1/GanSiawChinMFChE2016.pdf

Yg ni published paper dlm indexed journal
https://www.researchgate.net/publication/311239797_In_Vitro_Permeation_and_Skin_Retention_of_a-Mangostin_Proniosome


SOALAN 5:
Apa beza refining cream dgn BB Cushion ? Keduanya ada SPF. Sy baca kat dlm ni, ada yg perlu pakai BBC je, tak perlu pakai refining cream. Siapakah yg tak perlu pakai refining cream ?

JAWAPAN 5:
Refining cream SPF30, utk protect UVB shj. BBC SPF50 PA+++ utk dwi protection UVB & UVA. Protection faktor lebih tinggi daripada refining cream.
Boleh pilih untuk guna yang mana satu. Sekiranya kulit terlalu berminyak, dinasihatkan untuk stop refining cream sementara waktu.


Bahan - Bahan Dalam DERMAGS 2
Bahan – Bahan Dalam DERMAGS

SOALAN 6:
“Saya teliti brochure Dermags yg di attached. Tiada pun tertulis yg product ni natural & chemical
free? ” Blh Dr Mariani terangkan knp di brochure tak ada state DERMAGs is natural & Chemical Free?

JAWAPAN 6:

  1. Brochure tu kita sekadar nak bagi intro pasal produk & cara penggunaannya. Ruangnya pun sangat limited & biasanya customer lebih interested nk tahu kebaikan dan fungsi setiap produk serta cara2 penggunaan.
  2. Dekat brochure tu ada 5 items-cleanser, toner, serum, refining cream & BBC . Seperti yg sy terangkan sebelum ini, cleanser, toner & serum adalah natural product sementara refining cream & BBC bukan natural kerana mengandungi ingredients bukan natural melebihi 10% (bhn2 SPF). Justeru untuk tulis natural produk dekat flyers akan mengelirukan pengguna kerana tak semua produk adalah natural.
  3. Produk Dermags bukanlah chemical free tetapi free daripada bahan kimia bertoksik atau bahan kimia berbahaya. Air sendiri pun merupakan sebatian kimia kerana terdiri drp 2 atom hydrogen & 1 atom oxygen. Justeru adalah satu kesalahan jika kita tulis chemical free . Banyak produk lain di luar sana claim produk mereka chemical free t anpa membuat rujukan dengan terperinci ke atas istilah yang digunakan.

SOALAN 7:
Boleh nak tahu kenapa guna “Intensive Brightening ” utk cleanser,serum dan softener?

JAWAPAN 7:
Ketiga-tiga produk ini mengandungi bahan aktif Alpha-Mags yang berupaya mencerahkan kulit sehingga 200%. (Baca: mencerahkan kulit secerah kulit asal pengguna). Intensive Brightening merujuk kepada fungsi produk ini untuk mencerahkan kulit secara intensif melalui pengurangan penghasilan pigmen melanin.


SOALAN 8:
Assalam Dr. Ada seorang customer saya memang pakai dermags dari tahun 2015 lagi sampai sekarang. Tadi dia tanya kenapa cream tu tak mcm dulu, means dulu kalau dia bekerja bawah matahari, still boleh tahan dr UV, tak kan sunburn. Kalau cream yang sekarang ni macam tak dapat nak fully cover. Saya pn ada cakap kat dia ,memang Dr ada tukar formula dan fragrance sahaja, takde pulak adjust dia punya level SPF tu. Jadi, Dr boleh komen pasal ni.?

JAWAPAN 8:
Dari segi SPF sama je.. texture sahaja yang berbeza. Pendedahan kepada UV biasanya subjektif. Kita tak dapat nak ukur berapa banyak & berapa lama kulit kita terdedah kepada UV. Selain daripada itu, kulit kita sendiri ada SPF bergantung kepada umur, pemakanan, jenis kulit etc. Ketahanan SPF kita akan berkurang mengikut usia kita kerana kondisi kulit/skin barrier/collagen dalam kulit akan berkurang mengikut usia kita. Kondisi kulit pada tahun 2015 sudah tidak sama dgn 2017, jadi keperluan SPF jugak mungkin berbeza. Mungkin 2015, SPF30 sudah memadai tapi 2017 tidak mencukupi dan perlu gunakan yg lebih tinggi.


SOALAN 9:
Assalamualaikum, customer tanya ada krim lebih rich maksudnya (night cream ) untuk waktu malam yang dia boleh apply ?

JAWAPAN 9:
Serum kita dah cukup rich (mempunyai kepekatan alpha mags paling tinggi berbanding item2 lain). Penggunaannya dengan cara yang betul & konsisten dah mencukupi untuk bantu selesaikan pelbagai masalah kulit. Bukan setakat rich , tapi teknologi nano yg digunakan boleh bantu penyerapan maksimum untuk
perbaiki sel & menggalakkan penghasilan kolagen Alpha mags sendiri, 200% lebih berkesan dari bahan aktif pemutih biasa.


SOALAN 10:
Adakah BB Cushion mengandungi mineral seperti Talc (talcum) ?

JAWAPAN 10:
Ya, ada kandungan mineral (mineral pigment). TALC atau talcum adalah sejenis clay mineral. Mmg ada. Clay mineral dalam BBC ni adalah pigment mineral tu. Warna putih.


SOALAN 11:
Kalau pakai Dermags yang ada alpha mags dalam masa yang panjang , ada kemungkinan ke Dr kulit jadi lebih sensitif in future ? Sebab bila kulit makin putih, kulit more sensitif pada UV atau other harmful chemicals & pollution.

JAWAPAN 11
Tidak ada kemungkinan itu, kerana Dermags ni natural produk & tak menipiskan kulit muka. Selain daripada itu, moisturizer dermags membantu untuk meningkatkan skin barrier function & membantu kulit kekal sihat, tidak sensitive kepada cahaya & mengawal kelembapan kulit.


SOALAN 12:
Dalam produk dermags yang mana ada Vit E, C dan aloe vera?

JAWAPAN 12:
Tocopherol = Vitamin E – dalam lipstick
Ascorbic Acid = Vitamin C – dalam cleanser
Aloe Barbadensis Extract = Aloe vera – dalam cleanser, toner,refining cream.


SOALAN 13:
Nak tanya semua lipstick guna uri ibu ke…seperti yang selalu dibaca dlm majalah. apa kandungan Lipstick dermags?

JAWAPAN 13:
Kandungan lipstick Dermags – beeswax, sunflower seed oil, carnauba wax, veg oil, tocopherol, flavour & coloring. Tiada uri. Kalau tengok daripada ingredients memang natural kecuali color pigment tapi kita tak boleh nak claim natural kerana untuk hasilkan lipstick, more than 10% ingredients adalah color pigment . Sehingga kini belum ada lagi natural color yang betul2 stabil & boleh digunakan dalam lipstik. Tapi kita cuba meminimakan penggunaan kandungan bahan sintetik (tidak natural) dalam produk dermags.


SOALAN 14:
Lipstick Dermags ni jenis soft cream or creamy .

JAWAPAN 14:
Soft creamy . Tekstur lebih ringan dan tidak ada efek shining berbanding creamy lipstick.


SOALAN 15:
Adakah produk dermags mesra wudhuk?

JAWAPAN 15:
Mesra wudhuk ini merujuk kepada produk yang senang dibersihkan dari muka dan tidak menghalang wudhuk.
Bagi produk Dermags, yang menjadi persoalan samada mesra wudhuk atau tak adalah pada produk BB Cushion dan refining cream . Kedua produk ini bukan jenis water proof dan senang untuk dibersihkan. Penggunaan wet tissue sudah memadai.

Bahan-Bahan Dalam Dermags

https://news.utm.my/2014/08/utm-develops-whitening-serum-from-mangosteen-skin/


DERMAGS LOGO 1
DERMAGS Skincare 1

Share To Friends & Family

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Homestay Terbaik Dengan Harga Berpatutan di Sentul KL
Perkhidmatan Wiring Rumah Untuk Sekitar KL & Selangor

Our Social Media

On Trend

Related Post

On Trend

Latest Stories

Shopping Cart
error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top