...

Ikhrah Online Boutique

BLOG

Latest NEWS, Products & Gossip

Q&A 2 Bersama Dr Mariani – Teknik Cara Guna Dermags

Teknik Cara Guna Dermags 1

Q&A 2 Bersama Dr Mariani – Teknik Cara Guna Dermags

Teknik Cara Guna Dermags 2
Teknik Cara Guna Dermags

SOALAN 1:
Dr Mariani yang tester scar serum tu macam mana ya cara nak guna di muka? Kalau sekarang guna dermags skincare full set. Doc boleh advise penggunaan tak?

JAWAPAN 1:
Scar serum ni utk parut jerawat, luka etc. Boleh apply 2 kali sehari siang dan malam. Malam wajib sebelum tidur. Boleh apply satu muka atau tempat parut sahaja. Jika parut masih baru, less than a month InshaaAllah cepat recover. Jika parut yang dah lama mungkin akan ambil masa kerana proses remodelling skin dah mature. Lagi bagus jika sapu terus pada luka. Gunakan spatula atau jari yang bersih jika nak sapu pada luka untuk elakkan infection. Jika sekarang ni dah guna dermags complete set, boleh sapu sekali sehari pada waktu malam sebelum tidur (maknanya serum dermags tu malam tak perlu guna jika nak apply scar serum).



SOALAN 2:
Kulit saya normal dan berminyak. Kadang2 ada jerawat juga,tapi bukan yang jenis aggresif, bila keluar dua tiga hari kecut dah. Kadang2 kulit macam kering, tapi berminyak,kadang oily tapi kering.

JAWAPAN 2:
Mungkin combination skin. Apply dulu step by step termasuk moisturizer. Anda boleh olah cara penggunaan berdasarkan keperluan jenis kulit kombinasi:

  • apply toner di kawasan berminyak dan
  • aplly moisturizer di kawasan kering.

Yang lain2 guna semua sekali

ATAU

At first boleh juga guna kesemua sekali & perhatikan kesan selepas itu. Jika ada kawasan yang jadi kering, boleh support dengan moisturizer & jika ada kawasan oily , support dengan toner . Jika skin nampk takde apa2 problem , so guna je complete set mcm biasa.


SOALAN 3:
BB cushion ada masalah. Bila pakai waktu pagi ok lagi, tapi bila dah pukul 10 ke atas, minyak nya masyaallah dan muka nampak bercapuk2…perlu ke saya teruskan pakai..? Boleh bagi cadangan ?

JAWAPAN 3:
Mungkin kulit anda jenis yang very oily, biasanya BBC ni kurang berminyak kalau dibandingkan dengan refining cream & mudah dibersihkan. Suggest guna nipis2 sahaja. Untuk kurangkan kulit berminyak jugak, biasakan diri tuam kulit dengan air batu. Boleh juga spray muka dengan toner dermags selepas guna BBC & bedak.


SOALAN 4:
Cara Penggunaan moisturizer yang betul macamana ye?

JAWAPAN 4:
Kalau kulit kering boleh sapu moisturiser , tengok kulit macam mana sebab formulation ni untuk kulit kering.
Kalau oily tak berapa sesuai. Kadang-kadang kulit kita ni bergantung jugak kepada hormon. Biasanya time menstruation , kulit akan jadi lebih berminyak, tetapi pada waktu ovulation kulit jadi kering disebabkan peningkatan suhu badan dari biasa. Jadi mungkin bloeh guna waktu tertentu macam ni sahaja. Boleh standby moisturiser untuk apply bila perlu.


SOALAN 5:
Saya combination skin . Kulit tak kering sebelum ni, tapi selepas habis travel set sebulan, dan dah masuk 3 minggu beauty set (7 minggu Dermags), kulit di kawasan dagu jadi terlalu kering. Sebelum pakai Dermags ni kulit memang tak kering di situ. Sekarang dah stop toner 2 minggu, yang lain masih pakai seperti biasa. Cleanser pakai 2x sehari, 1 pump setiap kali cuci muka. masih tak ada perubahan. Dr boleh recommend cara terbaik tak untuk dagu kering ni? tambah moisturiser sahaja ke? atau ada kena stop lain produk selain toner?

JAWAPAN 5:
Wslm.. saya syorkan stop dulu toner & tambah moisturizer . Kalau boleh buat sementara waktu ni jangan biarkan kulit muka tanpa moisturizer terutama waktu malam.

Teknik Cara Guna Dermags


https://news.utm.my/2014/08/utm-develops-whitening-serum-from-mangosteen-skin/


DERMAGS LOGO 1
DERMAGS Skincare 1

Share To Friends & Family

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Homestay Terbaik Dengan Harga Berpatutan di Sentul KL
Perkhidmatan Wiring Rumah Untuk Sekitar KL & Selangor

Our Social Media

On Trend

Related Post

On Trend

Latest Stories

Shopping Cart
Scroll to Top
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.