Q&A 3 Bersama Dr Mariani – Masalah Jeragat
SOALAN 1:
Bagaimana masalah jeragat terhasil?
JAWAPAN 1:
Sinar UV, selain daripada merosakkan DNA sel kulit juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan penghasilan jeragat. Sinar UV yg berterusan akan menggalakkan penghasilan lebih banyak melanin melalui proses melanogenesis. Melanin adalah pigmen gelap yang terhasil didalam kulit oleh sel melanocytes .
Kawasan yg terdedah lebih banyak kepada sinar UV akan menghasilkan lebih banyak pigmen melanin berbanding kawasan yang tidak terdedah. Jeragat akan wujud terutamanya pada kawasan yang terdedah dengan UV seperti muka & lengan. Kulit kita (epidermis) ada 5 lapisan. Paling atas stratumn corneum dan paling bawah-stratumn basal. Sel-sel kulit akan perlahan-lahan berganti baru setiap 28 hari sekali dengan gerakan daripada bawah ke luar.
Jika jeragat berada di dalam kulit. Ia akan perlahan-lahan bergerak keluar dan nampak semakin terang apabila berada di lapisan paling luar. Bukan kerana UV sahaja penyebab jeragat. Pil perancang dan pengambilan produk kecantikan yang tinggi chemical juga adalah antara puncanya.
SOALAN 2:
Bagaimana produk DERMAGS ini dapat membantu mengurang serta menghilangkan masalah jeragat?
JAWAPAN 2:
Produk ini mampu merawat kulit bermula daripada dalam sel lagi. Produk ini bukan bleaching ya seperti produk-produk lain yang kebanyakannya menanggalkan jeragat pada bahagian kulit atas sahaja. Dari itu kesan pemutihannya memang akan berlaku dengan pantas. Produk ini mampu mengurangkan penghasilan melanin dengan cara mengurangkan enzyme tyrosinase yang menjadi pemangkin kepada penghasilan melanin.
Jika enzyme ini dapat dikurangkan, proses penghasilan melanin juga akan semakin berkurangan.
Walaubagaimanapun melanin di dalam kulit masih ada pada kadar yang diperlukan sebagai pelindung kepada kemusnahan sel2 kulit akibat terdedah kpd sinar UV. Selain daripada itu, alpha mags juga menggalakkan sel-sel fibroblast yang ada pada lapisan paling bawah kulit untuk menghasilkan lebih banyak collagen bagi membantu anti-penuaan dan dalam masa yang sama memelihara keanjalan kulit, menyihatkan kulit, di samping mengurangkan garis2 kedutan tanda penuaan.
SOALAN 3:
Saya berumur 44 tahun. Produk skincare terdahulu tak pernah guna produk yang diragui. Jenis kulit normal. Masalah yang ingin diatasi dengan Dermags iaitu kulit kusam, warna tidak sekata,ada jeragat. Rutin harian tidak menggunakan apa2 perlindungan dari sinar UV sebab rasa lebih banyak bekerja indoor dari outdoor. So mungkin tak perlu. Di sekitar kedua2 bahagian pipi,ada tompok2 hitam (jeragat),tapi jeragatnya itu ada yang tebal sangat sampai macam terasa timbul. Dan ada juga tahi lalat di area2 situ. Kalau Dr. tengok gambar wajah di bahagian kedua2 pipi,tompok2 hitam tu adalah jeragat atau pun bukan ya? Kalau untuk jeragatnya,saya rasa kerana terdedah dgn sinar UV dan faktor peningkatan usia. Atau ada punca2 yang lain ya Dr.? Apa saranan Dr. untuk ni ya?
JAWAPAN 3:
Wslm, kulit ni nampak kasar, kusam & tidak sekata. Di bhgn pipi nmpk ada jeragat & skin tag, mungkin kulit tak dijaga dan dirawat dengan betul. Sy suggest guna secara teratur complete set & seminggu sekali boleh scrub kulit dengan natural scrubber daripada brand lain.
SOALAN 4:
Dr Mariani saya terbaca dalam Utusan ni, Pakar Perubatan Am dan Dermatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Dr. Noraziah Abd. Kadir Jailani. Dr ni suggest pada yang tanya soalan rawat jeragat guna Rawatan bagi pigmentasi melasma adalah sapuan krim seperti krim hydroquinone, krim daripada kombinasi hydroquinone, tretinoin dan steroid, krim isotrenoin, pengelupasan kimia (chemical peeling). confuse sekejap.
JAWAPAN 4:
Hydroquinone, tritinone etc must be prescribed by medical doctor. Ada dose & duration yang perlu dipatuhi untuk penggunaan dan keperluan patient tidak sama kerana bergantung kepada masalah yang dihadapi. Dose yang berlebihan serta penggunaan yang lama tanpa had dan kawalan sangat merbahaya kerana banyak implikasi kesihatan yg timbul.
SOALAN 5:
Kalau kita pakai BB cushion perlu lg ke pakai sunblock?
JAWAPAN 5:
Wslm, klu setakat utk penggunaan biasa-pegi keje, ambik ank sekolah, mesyuarat tingkap etc cukup hanya BB Cushion & x perlu sunblock. Tp jika ada aktiviti outdoor spt netball match, memancing / camping tepi laut, riding etc yg exposed lama kat bwh matahari.. blh pakai both especially sunblock .
Masalah Jeragat
https://news.utm.my/2014/08/utm-develops-whitening-serum-from-mangosteen-skin/