Q&A 6 Bersama Dr Mariani – Masalah Kulit Lain
SOALAN 1:
Kulit yang masalah macam ni boleh ke doc?
Ni macam Keratosis pilaris.. Sebab bukan bahagian muka je ,badan pun ade juga.

JAWAPAN 1:
Ya betul. Keratosis pilaris. Biasanya kanak2 & remaja di bawah umur 30 kerap terjadi macam ni.
Sebab utama adalah kerana terdapatnya keratin yang berlebihan di dalam hair follicle. Keratin
ini akan clog pores menyebabkn wujudnya biji2 halus macam tu.
Bila suhu sejuk makin banyak biji2 yang tumbuh. Belum ada testimoni lagi berkaitan masalah ni tapi saya cadangkan untuk cover kulit dengan moisturizer ataupun losyen. Boleh suggest moisturizer dermags jika perlu.
SOALAN 2:
Kalau panau kat badan boleh rawat dengan Dermags ke?
JAWAPAN 2:
Wslm, tak boleh sebab panau ni ada kaitan dengan fungus infection. Kena jumpa doktor. Kalau ada masalah panau di muka, masih boleh guna dermags,tetapi dermags tidak boleh merawat masalah panau tersebut.
SOALAN 3:
Ada eczima tapi yang jenis biasa. Kebelakangan ni gatal di mukanya dan bahagian dagu. Dah mcm2 product saya guna tapi tak da yang beri kesan dan bahagian muka di dagu selalu warna hitam. Muka jenis pori terbuka dan bnyk blackhead.
Dah cuba trial set. Baru pakai cleanser je, dan rasa gatal sangat2. Dr tolong suggest samada okay tak proceed cleanser atau perlu tambah moisturiser untuk eczema ni sebab gatal2 sangat.
JAWAPAN 3:
Kulit eczema ni biasanya pH skin melebihi pH biasa kulit normal. Kulit tidak seimbang komposisi ceramide, cholesterol & fatty acid (lipid). Mudah kering & sensitive.
Cleanser sahaja akan lebih mengeringkan muka. Saya syorkn guna moisturizer untuk kekalkan
balik kelembapan kulit.
Kena cuba dulu yer.. saya cuma bagi suggestion sebab tak pasti tahap mana eczema tersebut.
SOALAN 4:
Penyakit kulit apa ya orang panggil ni? sopak ke? (tompok putih besar) boleh ke dermags rawat?
JAWAPAN 4:
Wslm.. ini macam vitiligo. Puncanya disebabkan kerosakan/kemusnahan sel melanocytes di sesetengah kawasan kulit. Dermags tidak boleh membantu.
SOALAN 5:
Dr. Utk psoriasis. Ada treatment yang natural tak? Kalau tak guna steriod? Untuk surface yang tak hairy saya try guna scar serum. Memang pertukaran sel2 kulit tak agresif macam yang biasa
JAWAPAN 5:
So far virgin coconut oil boleh membantu kes psoriasis kerana VCO mengandungi medium chain triglycerides C12 yang kaya dengan anti microbe & anti viral semulajadi. Boleh cuba apply. Good result if scar serum boleh reduce pertukaran sel2 kulit tu supaya kurang agresif. Keep trying ya.
https://news.utm.my/2014/08/utm-develops-whitening-serum-from-mangosteen-skin/

