...

Ikhrah Online Boutique

BLOG

Latest NEWS, Products & Gossip

Q&A 7 Bersama Dr Mariani – Tempoh Bertenang

Tempoh Bertenang 1

Q&A 7 Bersama Dr Mariani – Tempoh Bertenang

Masalah Jerawat ikhrah.com 1

Bagi pengguna kali pertama, perlu mengambil tempoh bertenang

Tempoh bertenang ini bagi memberi peluang kulit mengeluarkan sebarang reaksi berkaitan seperti ‘breakout’ (keluar jerawat) atau kulit gelap setelah pengguna berhenti menggunakan produk skincare sebelum ini. Ini juga untuk memastikan supaya pengguna tidak keliru punca reaksi tersebut terjadi.

Tempoh bertenang yang diperlukan bergantung kepada penggunaan produk skincare sebelum ini:

  1. Sekiranya menggunakan produk farmasi/ berasaskan bahan neutral : 2 minggu
  2. Sekiranya menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya : 4 minggu

Sepanjang tempoh bertenang, pengguna hanya menggunakan Pencuci Muka DERMAGs sahaja, dan memakai sunblock pada siang hari.

Pengguna juga dinasihatkan supaya menghentikan segala produk skincare yang lain.

Foundation / bedak / mekap / sunblock boleh diteruskan seperti biasa, tetapi pengguna perlu melakukan Double Cleansing pada malam hari:

Masalah Kulit Lain ikhrah.com 2

Double Cleansing (Pembersihan Muka Dua Kali)

Sebelum tidur/ sebelah malam, pastikan muka dibersih dengan teknik double cleansing

Ini untuk memastikan sebarang produk yang dipakai (yang tidak diserap ke kulit) seperti foundation, bedak asas atau sunblock juga debu serta kotoran dapat dibersihkan dengan baik.

Sekiranya tidak dibersih dengan baik, boleh meninggalkan saki baki produk di kulit yang akan mengakibatkan liang pori tersumbat, timbul jerawat dan beberapa masalah lain.

Teknik Double Cleansing:

Langkah 1:
Gunakan makeup removal : guna kapas muka dan sapu seluruh wajah ATAU Gunakan cleansing gel/ cleansing milk/cleansing cream : Oles cleansing gel dengan urutan memijat dan gunakan kapas muka untuk bersihkan.

Langkah 2:
Gunakan pencuci muka DERMAGs

Question / Answers

SOALAN 1:
Mohon pencerahan kulit jadi ruam dan jerawat kecil naik lepas guna serum 2 hari. Selain tu kulit jadi kesat. Guna trial set. Apa suggestion yg sesuai?

JAWAPAN 1:
Ada cust yang naik ruam halus, atau jerawat nasi pada peringkat awal penggunaan. Biasanya in less than a month . Advise untuk guna step by step sebab kulit sensitive . Jika banyak lagi jerawat yang keluar, boleh stop dulu serum & teruskan dulu yang lain.

Lepas 2 minggu guna yang lain, boleh slowly introduce guna balik. Jika kulit kering, boleh juga guna yang lain termasuk moisturizer dulu & selepas 2 minggu baru start semula dengan serum.

SOALAN 2:
Baru 2 hari pakai cleanser dan moisturiser untuk tempoh bertenang….sebelum ni kulit sangat sensitif..merah dan mengelupas..setelah 2 hari pakai..kulit gatal, merenyam dan merah..apa perlu buat yea..

JAWAPAN 2:
Baru 2 hari is normal . Teruskn pakai cleanser + moisturiser . Mungkin kulit dia terlalu sensitif. Elakkn berada di dalam air cond terlalu kerap, banyakkan minum air suam untuk kekalkan kelembapan kulit. Masa tidur malam pastikan pakai moisturiser juga.

SOALAN 3:
Kulit jadi kusam dan kering lepas pakai full set. Adakah ini healing process?

JAWAPAN 3:
Kulit kering. Ada guna moisturizer tak? Kulit yang kering pun boleh nampak kusam & lebih gelap. Pakai moisturizer.

SOALAN 4:
Kalau guna semua yang ada dalam travel set, lebih 2 minggu tiba2 naik jerawat batu besar2 sekitar dagu dan atas bibir. Perlu mula step by step balik ke?

JAWAPAN 4:
Sebelum pakai trevel set ni, ada ambil tempoh bertenang tak? Kadang2, ada juga cust yang sudah pun ambil tempoh bertenang around 2-4 weeks, tapi bila pakai dermags, keluar jerawat.

Senang cite, maksudnya masih ada lagi impurities dalam kulit (sisa2 ) kesan penggunaan produk lama yang tak habis keluar.

Jadi, ambil semula tempoh bertenang, dan pakai cleanser sahaja waktu bertenang tu. Kalau ada toner, boleh letak toner kat tempat jerawat batu tu sahaja. Tempat lain jangan letak. Sebab toner ni ada antimicrob. Bagi dia bunuh kuman2 tu dulu.

KESIMPULAN:
Ambil tempoh bertenang semula dengan hanya menggunakan cleanser (malam& siang), & toner (sapu pada tmpt jerawat sahaja) selama dua minggu.

SOALAN 5:
Baru ambil Dermags semalam. Hari ni Ada bengkak kat pipi Dan bawah Mata. Baru guna cleanser – moisturiser – BBC

JAWAPAN 5:
Mungkin ada allergic dengan bahan SPF. Saya suggest stop dulu semua dalam seminggu, then continue cleanser dulu about a week . Lepas tu observed .
Klu ok, continue moisturizer & observed .
Klu ok, boleh continue BBC & observed lagI macam mana.
Jika jadi lagi sekali macam ni means cust mungkin allergic bahan SPF dalam BBC.


https://news.utm.my/2014/08/utm-develops-whitening-serum-from-mangosteen-skin/


DERMAGS LOGO 1
DERMAGS Skincare 1

Share To Friends & Family

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Homestay Terbaik Dengan Harga Berpatutan di Sentul KL
Perkhidmatan Wiring Rumah Untuk Sekitar KL & Selangor

Our Social Media

On Trend

Related Post

On Trend

Latest Stories

Shopping Cart
Scroll to Top
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.