Ikhrah Online Boutique

BLOG

Latest NEWS, Products & Gossip

Sedarkah Anda Yang Anak Anda Mengalami Masalah? Part 5 – Masalah Lambat Bercakap

Masalah Lambat Bercakap ikhrah.com 1

PART 5

Masalah Lambat Bercakap @ Speech Delay / Late Talker

Masalah Lambat Bercakap ikhrah.com 2
Masalah Lambat Bercakap

Masalah Lambat Bercakap. Kebimbangan ibu bapa terjadi bila anak mereka lewat bercakap bila dibandingkan dengan anak orang lain.

Kelewatan bercakap terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu late talker dan speech delay.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, 13% daripada kanak-kanak yang berusia 2 tahun lebih cenderung untuk mengalami late talker.


1. Late talker

– Masalah diperingkat awal dan kemudian mereka dapat mengejar perkembangan seperti kanak-kanak lain.

– Masalah ini biasa terjadi kepada kanak-kanak berumur antara 18-30 bulan.

– Mereka mempunyai kefahaman bahasa yang baik, hanya sukar untuk meluahkan kata.

– Mereka mengikuti perkembangan normal dalam kemahiran bermain, motor, pemikiran dan social, cuma terhad untuk menggunakan perkataan


2. Speech Delay

– Kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dan pertuturan untuk jangkamasa yang panjang.

– Mereka gagal untuk memahami bahasa badan yang ditunjukkan dan sukar mengeluarkan perkataan.

– Sekiranya perkara ini berlaku, segera berjumpa pediatrik untuk mendapatkan diagnosa awal dan Speech-Language Pathologist untuk mendapatkan penilaian dan rawatan terapi.


Masalah Lambat Bercakap ikhrah.com 3
Masalah Lambat Bercakap

Penyelidik masih belum dapat mengenalpasti punca ataupun penjelasan untuk masalah lambat bercakap ini.

Walau bagaimanapun, mereka mendapati late talker ini kebiasaanya adalah disebabkan dia adalah seorang lelaki, mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengalami masalah lambat bercakap, dilahirkan dengan berat yang tidak mencukupi, dan juga kelahiran bayi pramatang.

Terdapat beberapa punca terjadinya speech delay ini, diantaranya terdapat gangguan di organ mulut, masalah pendengaran, masalah otak, autism, dan fakor genetik.

Memahami perkembangan bahasa si anak amat penting untuk memastikan si anak mengikut perkembangan yang normal.

Berikut adalah panduan yang boleh di rujuk untuk perkembangan si anak ;

1. Kanak-kanak berumur antara 9 hingga 12 bulan menggunakan suara untuk berhubung seperti berceloteh adalah perkara biasa. Ini adalah salah satu proses pembelajaran si anak untuk bercakap. Pada masa ini, mereka sudah boleh mengeluarkan bunyi seperti “baba”, “aaa”, dan sebagainya.

2. Kanak-kanak yang berumur antara 12-15 bulan kebiasaanya sudah mampu untuk mengeluarkan satu ataupun lebih kata (contoh: “papa”), dan kebiasaanya, mereka sudah mula memahami sesuatu arahan (contoh: “tolong ambilkan itu”)

3. Kanak-kanak berumur 18 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 20 perkataan yang berlainan jenis, seperti kata nama (adik, bola), kata kerja (makan, tidur), kata sendi (atas, bawah), kata sifat (panas, besar), kata sosial (hi, bye).

4. Kanak-kanak berumur 24 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 100 perkataan dan boleh buat ayat 2 patah perkataan. Ayat ini perlu dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukannya ayat yang dipelajari sebagai keseluruhan, seperti “bye bye”, “apa tu?”. Contoh ayat 2-patah yang sesuai ialah “makan biskut”, “baju kotor”.

5. Kanak-kanak berumur 36 bulan patut menggunakan ayat 3-4 patah perkataan dan juga boleh menjawab soalan “siapa?”, “apa?”, dan “mana?” yang mudah.

Masalah Lambat Bercakap ikhrah.com 4
Masalah Lambat Bercakap

Terdapat beberapa gejala masalah lambat bercakap @ “speech delay” yang ibu bapa perlu ambil tahu untuk pengesanan awal supaya masalah ini boleh dirujuk kepada pakar kanak-kanak.

Diantara gejala yang sering kanak-kanak tunjukkan adalah:

– Anak yang berusia 12 bulan, masih belum mampu untuk menggunakan bahasa tubuh badan seperti melambai tangan dan menunjukkan barang.

– Anak berusia 15 hingga 18 bulan, mengalami masalah mengulang suara serta gerakan. Mereka juga tidak mampu untuk membalas perkataan ringkas seperti “tidak”, “hello”, “bye”. Mereka juga mempunyai perkataaan yang terhad seperti mengetahui 1 ke 3 perkataan sahaja.

– Anak berusia 2 hingga 4 tahun, tidak mampu untuk menyampaikan kata-kata, gagal mengikut arahan mudah, bercakap mengikut bahasa yang tersendiri, dan tidak dapat membuat 2 hingga 3 patah perkataan dalam satu ayat.

Masalah Lambat Bercakap ikhrah.com 5

Masalah lambat bercakap ini boleh menjadi masalah besar jika tindakan awal tidak diambil.

Jika si anak menunjukkan tanda-tanda mengalami masalah lambat bercakap atau speech delay, anda perlu membawanya berjumpa dengan Speech Language Therapist untuk mendapatkan khidmat nasihat untuk membantu perkembangan si anak.

Disini terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk merangsang si anak bercakap.

– Menggunakan perkataan pendek dan mudah untuk bercakap dengan si anak. Perkataan yang senang mudah difahami dan mudah diingat.

– Tekankan perkataan yang ingin dicakap untuk mendapatkan perhatian si dia. Contoh: ‘Air ni panas’

– Cakap dengan kelajuan yang minimum untuk memastikan si anak memahami apa yang diperkatakan. Contoh: buka – ‗ bu-u-ka‘

– Tunjukkan barang bila kita bercakap dengan mereka.

– Penceritaan melalui buku bergambar, flash cards ataupun video dapat meningkatkan keinginan untuk bercerita.

– Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya.

– Jangan memaksa si anak sekiranya dia tidak mahu bercakap atau bertindak balas pada soalan yang diberi.

– Mengajar anak menyanyi dapat meningkatkan peratus untuk dia bercakap. Anak-anak sangat sukakan muzik.

– Mengajak mereka membaca dan mengulangi perbicaraan.


>> PART 4 MASALAH GLOBAL DEVELOPEMENTAL DELAY (GDD) <<

>> PART 6 MASALAH ANAK DISLEKSIA <<


PERHATIAN! ADAKAH ANAK-ANAK ANDA SUDAH BERSEDIA MENGHADAPI EXAM PADA TAHUN INI?

EXAM PENTING DAH DEKAT, RISAU ANAK TAK FOKUS MASA CIKGU AJAR DALAM KELAS

RISAU DENGAN PRESTASI PELAJARAN ANAK YANG KURANG MEMBERANGSANGKAN?

PT3 & SPM/STPM bakal tiba tidak lama lagi. Oleh itu, anda perlu risau jika anda mempunyai anak yang menghadapi masalah seperti ini: 

– Tak fokus ketika belajar
– Tak minat dalam pelajaran mereka
– Susah untuk menghafal & mudah lupaa selalu
– Susah bangun waktu pagi
– Sukar menghafal ayat Al quran
– Keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan

Andai anak tak fokus ketika dalam kelas, maka hilanglah sebahagian besar maklumat penting untuk exam.

Sebab tu lah, semua pelajar berusaha bersungguh2 untuk tingkatkan prstasi.

Tapi kalau dah mengantuk, letih, susah belajar, macam mana nak fokus di dalam kelas?

Sebagai ibu bapa kita mesti rasa risau dengan prestasi anak kita buka

Suplement H-Focus Membantu tumbesaran & Minda Kreatif Anak – Anak HIPERAKTIF

Masalah Anak Hyperaktif ikhrah.com 5
H-Focus AKids

Share To Friends & Family

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Homestay Terbaik Dengan Harga Berpatutan di Sentul KL
Perkhidmatan Wiring Rumah Untuk Sekitar KL & Selangor

Our Social Media

On Trend

Related Post

On Trend

Latest Stories

Shopping Cart
Scroll to Top