Ikhrah Online Boutique

BLOG

Latest NEWS, Products & Gossip

Tips Anak Mendengar Cakap

Tips Anak Mendengar Cakap 2

TIPS ANAK MENDENGAR CAKAP

Tips Anak Mendengar Cakap 1

Mendidik anak adalah tugasan yang amat mencabar dalam kehidupan. Mempunyai anak yang amat sukar mendengar kata, mendengar arahan, dan nakal amat memeningkan kepala.

Anak-anak berumur antara 2-5 tahun sering dilihat sebagai tidak mendengar kata sebab selalu nak menang dan selalu nak orang lain ikut kehendak mereka.

Mereka ini bukanlah degil atau nakal, tetapi hanyalah mempelajari teknik berkomunikasi melalui ibu bapa.

Disini, kami menyediakan beberapa tips untuk anak mendengar kata.


1. Gunakan Bahasa Yang Baik

Elakkan penggunaan perkataan “jangan” dan “tidak” sebaliknya menggunakan perkataan yang positif. Sebaiknya, anda menasihatinya.


2. Pandang Mata Anak Sebelum Memberi Arahan

Sebelum arahan diberi, pastikan mata anda bertentangan dengan matanya. Pastikan dia memberikan perhatian ketika arahan diberi.


3. Panggil Nama Anak Sebelum Arahan Diberi

Dengan pemanggilan nama, anak anda akan memberikn perhatian. Jika ianya sesuatu yang serius, anda harus membiasakan dengan memanggil nama penuhnya agar dia perasan perbezaan arahan penting dan serius.


4. Pesanan Ringkas dan Jelas

Tahap pemahaman kanak-kanak adalah terhad. Untuk menggelakkan kesalahfahaman, anda perlulah memberikan arahan yang mudah, ringkas, dan jelas.

Elakkan pemberian arahan dengan banyak pada satu masa terutamanya jika mereka masih kecil.


5. Mengulangi Arahan Berkali-kali

Ibu bapa mestilah mengulangi arahan beberapa kali sehingga anak faham, barulah boleh harapkan anak kita buat.

Tanya anak kita semula apa yang kita nak dia lakukan pada masa itu.

Kalau anak kita jawab dengan betul, barulah bagi dia buat.


6. Berikan mereka pilihan

Jika anda ingin anak anda mendengar kata-kata anda, anda patut berikan mereka pilihan.

Anda boleh menerangkan keadaan kepada mereka supaya mereka memahami dan kenapa mereka perlu mengikut arahan anda.


7. Dilarang Membebel

Selalunya, ibu bapa akan mula berleter apabila anak-anak tidak mendengar kata-kata mereka.

Jadi, daripada anda berleter dan membebel panjang, lebih baik anda tampal lukisan atau satu carta kerja dalam bilik anak anda dan tunjukkan pada mereka.

Membebel membuatkan anak-anak lebih cenderung untuk memberontak. Cakap hanya satu perkataan untuk mengingatkan “tugas” anak.


8. Pemberian ‘Reward

Apabila anak anda berjaya menyelesaikan sesuatu, anda perlulah memberikan mereka hadiah atau ganjaran yang mereka suka.

Pastikan hadiah tersebut adalah untuk kebaikan anak anda dan bukannya hanya untuk memanjakan mereka.


9. Tunjukkan Teladan Yang Baik

Anak-anak mengikut jejak langkah ibu bapa mereka dalam semua perkara. Jadi, berbudi pekerti bukanlah sesuatu yang diharapkan lahir sendiri dari seorang kanak-kanak.

Ajarkan mereka kata-kata sopan yang mudah sebelum mereka belajar bercakap dan anda juga perlulah mengaplikasikannya dalam setiap perbuatan anda.


10. Tegas

Jika anda telah membuat keputusan dan telah menyampaikannya pada anak anda, anda patut bertegas dengan keputusan tersebut.

Ini akan mengajar anak anda bahawa apabila sesuatu keputusan telah dibuat, ia tetap tidak akan berubah.


11. Bersifat Terbuka

Berikan anak anda ruang untuk berfikir dan membuka minda mereka serta berkongsi perasaan dan tanggapan mereka. Elakkan dari memberi arahan yang kelihatan seolah-olah muktamad.

Masalah Disleksia ikhrah.com 5

12. Bersahabat Dengan Anak

Pastikan anda bercakap dengan anak anda seolah-olah anda bercakap dengan kawan anda. Jadilah pendengar yang baik kepada anak sebelum kita nak anak kita mendengar kata kita pula.


13. Terimalah Anak Anda Seadanya

Setiap anak mempunyai sifat positif dan negatif. Terimalah mereka seadanya dan sayangilah mereka walau apa jua kekurangan mereka.

Ini membuatkan mereka selesa berkongsi perasaan dan buah fikiran.


14. Berikan Sebab

Beritahu sebab kenapa mereka dilarang berbuat demikian. Kanak-kanak sekarang lebih cenderung untuk tahu. Kalau kita larang tanpa beritahu sebab, mereka tak akan dengar, benda yang dilarang itu lah yang nak dibuat sebab curious and they want to know why.

Tips Anak Mendengar Cakap 3

15. Marah dan Pukul

Anak-anak yang sering kena pukul lebih cenderung untuk bersifat agresif dan memberontak. Seeloknya berikan nasihat jika mereka melakukan kesalahan.


16. Biarkan Anak Mengadu

Sebagai ibubapa kita perlu mendengar dan biarkan mereka luahkan perasaan mereka. Biar mereka selesa untuk luahkan perasaan mereka dengan kita. Sometimes, they want our attention and want to be heard.

>> 3 Doa Yang Boleh Diamalkan Untuk Anak Mendengar Cakap Anda <<


Suplement H-Focus A-KIDS Membantu tumbesaran & Minda Kreatif Anak – Anak ANDA

Masalah Anak Hyperaktif ikhrah.com 5
H-Focus AKids

Share To Friends & Family

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Homestay Terbaik Dengan Harga Berpatutan di Sentul KL
Perkhidmatan Wiring Rumah Untuk Sekitar KL & Selangor

Our Social Media

On Trend

Related Post

On Trend

Latest Stories

Shopping Cart
error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top