Ikhrah Online Boutique

BLOG

Latest NEWS, Products & Gossip

Tips Mendidik Anak Mengikut Cara Islam

Tips Berjaya Dalam Peperiksaan 2

TIPS MENDIDIK ANAK MENGIKUT CARA ISLAM

TIPS MENDIDIK ANAK MENGIKUT CARA ISLAM 1
Tips Mendidik Anak Mengikut Cara Islam

Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada setiap ibu bapa.

Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam.

Mereka ibarat kain yang putih dan keindahan kain itu bergantung kepada siapa yang mencorakkannya.

TIPS MENDIDIK ANAK MENGIKUT CARA ISLAM 3
Tips Mendidik Anak Mengikut Cara Islam


Berikut adalah beberapa tips untuk mendidik anak mengikut cara islam.


1. Elakkan Memukul Anak Dari Bahagian Lutut ke Atas

Pengawalan diri ketika marah harus dilakukan. Elakkan pukul anak dari lutut keatas. Kalau marah sangat, rotan atau pukul di telapak kaki anak.


2. Elakkan Penggunaan Tangan atau Anggota Tubuh Yang Lain Untuk Memukul Anak

Jangan menampar anak menggunakan tangan kita. Ia akan menjadi lebih buruk di mana anak akan bertambah nakal dan degil.

TIPS MENDIDIK ANAK MENGIKUT CARA ISLAM 2
Tips Mendidik Anak Mengikut Cara Islam

3. Ajar Anak Solat

Sabda Rasulullah s.a.w. “Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, dan pukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka” ( H.R. Ahmad & Abu Daud )

Imam Nawawi mengatakan, orang yang tidak diberatkan mendirikan solat, tidaklah diperintahkan kita menyuruh mereka mengerjakannya, kecuali anak-anak kecil – lelaki dan perempuan.

Anak yang telah sampai umur 7 tahun jika mumayyiz, disuruh atas dasar sunnat mendirikan solat.

Jika mereka telah berumur 10 tahun,wajiblah diperintahkan mereka mendirikan solat.

Dan dipukul jika mereka enggan mendirikannya.

TIPS MENDIDIK ANAK MENGIKUT CARA ISLAM 4
Tips Mendidik Anak Mengikut Cara Islam

4. Nama Panggilan Yang Baik

Beri dan panggil anak dengan nama yang baik-baik.

Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.


5. Peluk Anak Setiap Hari

Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

TIPS MENDIDIK ANAK MENGIKUT CARA ISLAM 6


6. Pandangan Kasih Sayang

Pandangan dengan perasaan kasih sayang ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.


7. Berikan Pujian Kepada Anak

Berikan pujian setiap kali anak anda berbuat kebaikan.

Berikanlah pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.


8. Akui Kesilapan Anak

Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.

Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

TIPS MENDIDIK ANAK MENGIKUT CARA ISLAM 5

9. Utamakan Keluarga atau ‘Family First’

Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.

Luangkan masa bersama agar si anak sentiasa berasa disayangi.


10. Elakkan mengeluh kerana anak

Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ajar anak cakap perkara yang baik-baik sahaja.


11. Dengar Bila Anak Bercakap

Dengan kata lain, ‘Be a good listener‘.

TIPS MENDIDIK ANAK MENGIKUT CARA ISLAM 7


12. Tenangkan Anak

Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Peluk erat-erat dan tunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.


13. Tunjuk Anak Bagaimana Cara Menenangkan Diri

Jangan hanya peluk sahaja. Selitkan kata-kata nasihat dan iktibar yang sewajarnya.

Kalau bergaduh sesama adik-beradik, leraikan dengan suara yang lembut.

Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.


14. Sambut ‘Birthday’ Bersama-sama

Sediakanlah hadiah hari jadi yang unik walaupun harganya murah.

Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai.

Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.


15. Ulang Arahan Beberapa Kali

Kadang-kadang anak tidak memahami arahan.

Mereka perlu membiasakan diri dan mengikuti arahan itu berkali-kali.

TIPS MENDIDIK ANAK MENGIKUT CARA ISLAM 9


16. Buat Aktiviti Bersama Anak-Anak

Buat aktiviti yang berfaedah bersama-sama. Ingat, kualiti masa lebih penting daripada kuantiti.

Anak akan ingat saat-saat indah mereka bersama ibu-bapa sampai bila-bila.


17. Tinggalkan Kerja di Pejabat

Anak inginkan perhatian. Jika dibawa kerja pejabat ke rumah, tentu sekali masa akan diutamakan pada kerja.


18. Hargailah Permainan Kesayangan Anak Anda

Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.

Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

TIPS MENDIDIK ANAK MENGIKUT CARA ISLAM 8


19. Usah Biarkan Anak-Anak Anda Tidur Tanpa Ciuman Selamat Malam

Ciuman sebagai tanda kasih sayang kita pada mereka. Sambil cium, sambil usap kepala anak dan bacakan doa yang baik-baik.


20. Terima Anak Seadanya

Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Tujuan kita disini ialah untuk belajar bersama-sama.

Tips Mendidik Anak Cemerlang Dunia dan Akhirat 2

Suplement H-Focus A-KIDS Membantu tumbesaran & Minda Kreatif Anak – Anak ANDA

Masalah Anak Hyperaktif ikhrah.com 5
H-Focus AKids

Share To Friends & Family

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Homestay Terbaik Dengan Harga Berpatutan di Sentul KL
Perkhidmatan Wiring Rumah Untuk Sekitar KL & Selangor

Our Social Media

On Trend

Related Post

On Trend

Latest Stories

Shopping Cart
error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top