Ikhrah Online Boutique

BLOG

Latest NEWS, Products & Gossip

Tips Pemakanan Sihat

Tips Pemakanan Sihat 2

TIPS PEMAKANAN SIHAT

Tips Pemakanan Sihat 12

Percaya ataupun tidak Malaysia menduduki carta tertinggi di Asia Tenggara dengan obesity yang berlebihan.

Masalah obesity ini bukan hanya berlaku pada orang dewasa, kanak-kanak juga turut tergolong dalam masalah ini.

Merujuk statistic, nisbah sorang dari empat kanak-kanak sekolah mengalami berat badan yang berlebihan.

Masalah berat badan berlebihan ini semua berpunca dari segala aspek bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan yang dimakan.

Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam menentukan gaya pemakanan yang sihat kepada anak-anak mereka.


1. Mengikut Piramid Makanan

Tips Pemakanan Sihat 13


Anak-anak perlu diajar untuk makan secara sederhana bagi semua jenis kumpulan makanan di dalam piramid makanan seperti karbohidrat, protein dan lemak.

Piramid diet sihat adalah panduan membantu ibu bapa memilih makanan yang hendak dimakan setiap hari kerana ia merangkumi empat kumpulan makanan dan tip piramid.

Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula perlu diambil dalam kuantiti yang banyak.

Pengambilan lemak yang terlalu banyak daripada makanan boleh menjadi punca terjadinya obesiti. Perkara ini berbahaya kepada anak-anak kita.

Pengambilan karbohidrat seperti nasi dan mee disarankan untuk memastikan mereka mendapat bekalan tenaga yang mencukupi.


2. Beli Makanan Yang Berkhasiat

Tips Pemakanan Sihat 1
Tips Pemakanan Sihat


Bijak berbelanja untuk seisi keluarga harus diutamakan untuk mengawal gaya pemakanan.

Anda sebagai seorang ibu bapa perlu untuk mengenal pasti makanan yang berkhasiat dan makanan yang tidak elok untuk si anak.

Jika ibu bapa tidak membeli makanan yang tidak berkhasiat, maka si anak tidak mengambil makanan berkenaan.

Pembacaan label makanan perlu dititik beratkan agar pengawalan makanan berlemak dapat dikurangkan.


3. Banyakkan Minum Air Masak

Tips Pemakanan Sihat 14
Tips Pemakanan Sihat

Air memainkan peranan yang penting terhadap tubuh badan untuk membantu mengawal suhu badan bagi membolehkan badan berpeluh, membantu proses pembuangan, meningkatkan metabolism badan, dan memberikan nutrient untuk badan.

Oleh itu, selain pemberian makanan yang berkhasiat, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka minum lebih air masak berbanding minuman-minuman lain.

Kekurangan air akan menyebabkan badan terhidrasi dan membuatkan badan menjadi lemah.

Kanak-kanak yang aktif memerlukan banyak air untuk menggantikan air yang hilang dalam badan.


4. Sarapan Pagi

Tips Pemakanan Sihat 8
Tips Pemakanan Sihat

Sarapan pagi adalah sumber bekalan tenaga si anak agar mereka sentiasa bertenaga dan tidak mengganggu aktiviti seharian mereka.

Justeru itu, setiap ibu bapa harus memastikan anak mereka mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah.


5. Jauhi Makanan Ringan (Jajan) & Makanan segera

Tips Pemakanan Sihat 6
Tips Pemakanan Sihat

Makanan ringan dan makanan segera mengandungi pewarna, perisa, lemak, dan gula yang dapat memikat selera anak-anak untuk dimakan secara berlebihan.

Pengambilan makanan ini seperti snek, gula-gula dan seumpamanya boleh menyebabkan anak-anak enggan mengambil makanan yang berkhasiat dan boleh menyebabkan kegemukan.

Kita sebagai ibu bapa perlu megawal pemakanan anak-anak kerana makanan sebegini boleh menjejaskan kesihatan dan pertumbuhan anak-anak.


6. Elakkan Pengambilan Minuman Berkarbonat

Tips Pemakanan Sihat 11
Tips Pemakanan Sihat

Minuman berkarbonat seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain mempunyai kandungan gula yang terlalu tinggi hingga boleh menyebabkan masalah obesity berlaku.

Minuman ini memang tidak elok kepada kanak-kanak. Selain itu, minuman ini tidak memberikan khasiat terhadap tubuh badan, malah memberikan masalah lain seperti kegagalan buah pinggang jika minuman ini diambil secara berterusan.

Kandungan yang terdapat dalam air minuman ini bukan hanya gula semata-mata, malah mengandungi bahan pengawet, pewarna, bahan tambahan, dan juga perisa yang boleh mengakibatkan masalah tersebut berlaku.


7. Lakukan Aktiviti Fizikal

Tips Pemakanan Sihat 15

Sebagai ibu bapa, kita seharusnya menggalakkan anak-anak bermain di luar rumah seperti bermain di taman permainan, bermain basikal, bermain bola bersama rakan agar mereka dapat membuat aktiviti luar.

Secara tidak langsung, mereka dapat mengurangkan risiko untuk mengalami masalah berat badan berlebihan kerana mereka aktif bermain di luar rumah.


8. Berikan Kudapan Yang Berkhasiat

Tips Pemakanan Sihat 7
Tips Pemakanan Sihat

Kreativiti si ibu unruk menyediakan makanan sihat untuk anak memberikan ransangan si anak untuk makan.

Kalau anak cerewet untuk makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan sebagainya lagi, maka si ibu boleh pelbagaikan cara penyediaan makanan tersebut agar menjadi makanan yang menarik kepada kanak-kanak.

Contohnya, anda boleh membuat sendiri kudapan seperti kerepek ubi keledek, kentang, sayur bayam, ais krim oreo, smoothies buah-buahan dan sebagainya lagi bagi menggantikan makanan dan minuman ringan yang dijual di luar.

>> Pemakanan Sihat Untuk Remaja <<


Suplement H-Focus A-KIDS Membantu tumbesaran & Minda Kreatif Anak – Anak ANDA

Masalah Anak Hyperaktif ikhrah.com 5
H-Focus AKids

Share To Friends & Family

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Homestay Terbaik Dengan Harga Berpatutan di Sentul KL
Perkhidmatan Wiring Rumah Untuk Sekitar KL & Selangor

Our Social Media

On Trend

Related Post

On Trend

Latest Stories

Shopping Cart
error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top