Beberapa Petua Tradisional Untuk Elak Penyakit Kronik Dari Dialami Oleh Tubuh Badan

Iktiar Untuk Hindari Dari Penyakit Kronik
Berikut adalah beberapa ikhtiar atau petua tradisional untuk elak penyakit kronik daripada dialami oleh tubuh badan kita.
1. Untuk Badan Ringan Dan Bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga.
Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

2. Mengurangkan Penyakit Kencing Manis
Selain dari menerima rawatan doktor bagi merawat penyakit kencing manis anda juga bolehlah menggunakan lobak putih yang telah diparut halus.
Kemudian embunkan semalaman atau disimpan didalam peti sejuk.
Minumlah parutan lobak yang dicampurkan dengan air gula batu bersama-sama ampasnya. Amalkan cara ini selalu, insyaAllah penyakit anda akan sembuh.
Petua ini juga elok diamalkan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak untuk memperbanyakkan air susu.

3. Daun Jambu Batu
Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya).
Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan.
Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan.
Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.

4. Bawang Putih
Jika anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya.
Ambil seulas bawang putih dan dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kiri dan kanan kepala seperti menampal plaster.
Biarkan sehingga sakit kepala hilang, lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala, dengan cara ini lama-kelamaan sakit kepala akan hilang.

5. Kacang Tanah
Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline, asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang tanah merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah.
Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan. Kandungan zat dalam kacang tanah ini juga baik untuk mengubati penyakit susah tidur (insomnia).
6. Belimbing Buluh
Belimbing buluh bukan saja kaya vitamin C malah ia boleh dijadikan pencuci mulut selepas makan walaupun rasanya sedikit masam.
Selain itu, ia juga boleh dijadikan rencah masakan untuk menambahkan kelazatan makanan terutama apabila memasak gulai lemak cili api ikan sembilan, juga berkhasiat kesihatan.
Belimbing buluh dikatakan boleh menghilangkan penyakit darah tinggi dengan mengamalkan memakan buah belimbing yang agak muda dua biji sehari.
Amalkan setiap hari sehingga kesannya nampak pada penurunan darah anda.
Ketika ini anda juga dinasihat mengurangkan pengambilan garam dan daging serta makanan yang mengandungi lemak.

7. Lobak Merah
Retina mata kita memerlukan vitamin A untuk berfungsi. Dalam retina, vitamin A akan berubah menjadi rhodopsin, pigmen ungu yang perlu untuk penglihatan. Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan rabun malam.
Oleh itu, lobak merah adalah makanan yangbaik untuk mata kerana ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan yang ditukar kepada vitamin A di dalam hati. Beta-carotene juga membantu melindungi daripada degenerasi makula dan perkembangan katarak.

8. Sayur Bayam
Bayam mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia mengandungi protein, selulus, karotin, vitamin B1, B2 dan C, asid oxalic, kalsium, fosforus dan kandungan zat besi yang banyak.
Rasanya agak manis dan sejuk. Kerana kandungan zat besi yang tinggi, ia boleh menyembuhkan penyakit kurang darah (anaemia), meredakan tekanan darah tinggi dan sembelit. Ia juga boleh membantu penghadaman.
Advertisement
Anda ada masalah susah untuk tidur? Selalu rasa lesu, kurang bertenaga & sakit – sakit sendi & lutut? Izinkan saya berkongsi produk – produk supplement herba terbaik untuk kesihatan badan


Ada kemusykilan? Ingin bertanya mengenai produk boleh tekan link whatsapp dibawah :

Ingin mengetahui pakej promosi terbaru supplement EMORRA EPISOR dan produk keluaran EMORRA yang lain? Nak terus buat pembelian? Klik Link Dibawah :


Advertisement
Sedang mencari homestay dengan harga yang berpatutan di tengah – tengah Kuala Lumpur?
Klik link dibawah untuk maklumat lanjut:
